Analisis Nilai-Nilai Budaya Dalam Kisah Surah Al-Kahfi

Orientation of Cultural Values In The Story Of Surah Al-Kahfi

Authors

  • Wan Basyirah Universiti Teknologi MARA
  • Muhamad Zaidi Zakaria Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Muhammad Irfan Muhd Rusdi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Keywords:

Nilai Budaya, Kisah Surah Al-Kahfi, Orientasi Nilai Budaya

Abstract

Nilai budaya merupakan corak kehidupan manusia yang merangkumi aspek dalaman dan luaran yang terdiri daripada tingkah laku, pegangan agama, adat, pakaian dan sebagainya serta berkembang mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi moden. Sehingga kini, nilai budaya masih belum difahami dengan jelas kerana terdapat perbezaan nilai budaya bagi setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kadang kala mempunyai persamaan dan pertembungan budaya. Pemahaman yang baik terhadap sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Maka, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai budaya yang terdapat melalui empat kisah dalam Surah Al-Kahfi berdasarkan tiga orientasi nilai budaya yang dipilih. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada empat kisah iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Pemilik Dua Kebun, kisah Musa Bersama Khidir AS dan kisah Zulkarnain berlandaskan teori Orientasi Nilai Budaya (Kluckhohn, 1951). Dapatan analisis menemukan tiga orientasi nilai budaya dengan enam kutipan nilai-nilai budaya yang berkait iaitu yang pertama, aspek hubungan manusia dengan kerja yang mempunyai tiga nilai budaya; A) Nilai tanggungjawab, B) Nilai berusaha, dan C) Nilai pengorbanan. Seterusnya yang kedua, aspek hubungan manusia dengan waktu terdapat satu nilai budaya; A) Nilai tawakal. Manakala yang ketiga, aspek hubungan manusia dengan alam mengandungi dua nilai budaya iaitu A) Nilai pendidikan dan B) Nilai tawaduk. Secara keseluruhannya, orientasi nilai budaya berkait permasalahan kehidupan dalam kisah-kisah yang dikaji memaparkan nilai-nilai budaya yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ibn `Asyūr. (1984). Tafsīr al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Tunisia: Al-Dar al-Tūnisiyyah.

Ibn Kathīr. (1999). Tafsīr al-Qurān al-`Azīm. Beirut: Dār Ṭayyibah.

Maaruf, R. (2020). Al-Qiyam Al-Thaqāfiyyah Fī Al-Sīnamā Al-Jazāiriyyah “Ṭabi’ah al-Ḥal”. Doctoral Dissertation, M'sila: University Mohamed Boudiaf.

Hilāl, N. I., Ibrāhīm, A. I. (2020). Al- Qiyam Al-Thaqāfiyyah Fī Azyā’ Al-Nakhbah Al-Iḥtifāl Bi al-Yaum Al-Waṭanī al-Sa`ūdī. Journal of Arts, Literature, Humanities and Social Sciences, 62, 360–379.

Wahbah al-Zuḥaylī. (2016). Al-Tafsīr al-Munīr. Beirut: Dar al-Fikr

Armet, Lidya Atsari, & Emil Septia. (2021). Perspektif nilai budaya dalam cerpen Banun karya Damhuri Muhammad. Disastra: Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia, 3(2), 174–183.

Asmah Haji Omar. (2020). Kajian linguistik dan antropologi. In Wacana, Teks, Genre: Teori Dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benson, G. S., McIntosh, C. K., Salatzar, M., & Vaziri, H. (2020). Cultural values and definitions of career success. Human Resource Management Journal, 30(3), 392–421.

Devi Eka Diantika. (2020). العلاقة بين اللغة والثقافة. An-Nas: Jurnal Humaniora, 4(1), 22–31.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kluckhohn, C. (1951). Values and value-orientations in the theory of action: An explanation in definition and classification. MA: Harvard University Press.

Kluckhohn, C. (1962). Culture and Behavior. Free Press of Glencoe.

Mumtaz Ibnu Yasa. (2016). Nilai budaya dalam Al-Qur’an ( Tafsir Tematik ). UIN Sunan Kalijaga.

Norazlina Haji Mohd. Kiram, Kura, C. H., & Kamariah Kamarudin. (2017a). Nilai budaya dalam Novel Penulis ASEAN. Pertanika Mahawangsa, 4(1), 1–16.

Norazlina Haji Mohd. Kiram, Kura, C. H., & Kamariah Kamarudin. (2017b). Nilai Budaya dalam Novel Penulis ASEAN. Jurnal Bahasa, Budaya Dan Warisan Melayu, 4(1), 1–16.

Nurul Hafidhah, Wildan, & Sa’adiah. (2017). Analisis nilai budaya dalam novel Lampuki karya Arafat Nur. Jurnal Ilmiah Mahasiswa Jurusan PBSI, 2(4), 393–399.

Pipik Asteka, Yulia Ningsih, & Suryo Ediyono. (2019). Nilai-nilai budaya dalam antologi cerpen Indonesia-Malaysia dan implementasinya sebagai bahan ajar apresiasi sastra di SMA. Jurnal Pendidikan, Kebahasaan, Dan Kesusastraan Indonesia, 3(1), 11–23.

Siti Nur Aisyah Mohd Azemi, & Sarinah Yahya. (2019). Membangun peradaban Islam menurut al-Qur’an: Penelitian surah al-Kahfi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 178–186.

Syukran. (2018). Teori budaya dan pembelajaran Bahasa Arab bagi masyarakat Aceh. An-Nabighoh, 20(02), 162–177.

Published

2023-05-30

How to Cite

Wan Basyirah, Zakaria, M. Z., & Muhd Rusdi, M. I. . (2023). Analisis Nilai-Nilai Budaya Dalam Kisah Surah Al-Kahfi: Orientation of Cultural Values In The Story Of Surah Al-Kahfi. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 10(1), 102-119. Retrieved from http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/220