Tahap Pemahaman Teks Komsas dalam Kalangan Pelajar Orang Asli, di Smk Mengkarak, Bera, Pahang

Komsas Text Comprehension Levels among Orang Asli Students in Smk Mengkarak, Bera, Pahang

Authors

  • Mohd Ashri Ismail UPM
  • Sharil Nizam Sha'ri UPM
  • Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi UPM
  • Rohaidah Kamaruddin UPM

Keywords:

tahap pemahaman, teks KOMSAS, pelajar Orang Asli

Abstract

Reading skills are a highly emphasized aspect in the English Language Syllabus of primary school to middle level. This is because through reading skills among students will increase the mastery and achievement of students in Malay. The mastery of reading skills will make it easier for students to understand and obtain useful information from readers. The objective of this study was to identify the extra linguistic factor among Orang Asli students towards Malay as the second language, and to examine the level of understanding of KOMSAS text of modern and traditional prose among Orang Asli students. In this study, researchers use questionnaire forms, modern and traditional prose texts and difficult to understand word forms. This study is a quantitative study and analyzed using descriptive statistics. Generally, the findings of this study show that the extra factor of family linguistic motivation, motivation and attitude are very important to the Orang Asli students to learn Malay as the second language. In addition, the study also shows that the level of understanding of modern and traditional KOMSAS texts among Orang Asli students at SMK Mengkarak is still low. Hence, an effective reading strategy approach should be applied in the teaching of the Malay language, especially the KOMSAS text so that Aboriginal learners can better understand and master the texts read.

Abstrak

Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Sukatan Pelajaran bahasa Bahasa Melayu sekolah rendah sehinggalah ke peringkat menengah. Hal ini kerana   melalui kemahiran membaca dalam kalangan pelajar akan meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajar dalam bahasa Melayu. Penguasaan kemahiran membaca akan memudahkan pelajar memahami dan mendapatkan informasi yang berguna daripada bahan yang dibaca. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor ekstra linguistik dalam kalangan pelajar Orang Asli terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, dan meneliti tahap pemahaman teks KOMSAS prosa moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli. Dalam kajian ini, pengkaji  menggunakan borang soal selidik, teks petikan prosa moden dan tradisional  serta borang perkataan yang sukar difahami. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara umumnya dapatan kajian  ini menunjukkan faktor ekstra linguistik galakan keluarga, motivasi dan sikap sangat penting kepada pelajar Orang Asli untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu, kajian juga menunjukkan tahap pemahaman teks KOMSAS moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli di SMK Mengkarak masih pada peringkat rendah. Justeru, pendekatan strategi bacaan yang berkesan perlu diterapakan dalam pengajaran bahasa Melayu terutamanya teks KOMSAS supaya pelajar Orang Asli lebih memahami dan menguasai teks yang dibaca itu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahim Abu. 2015. Sikap kanak-kanak Orang Asli di Bandar Raya KualaLumpur terhadap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Tesis Master Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Berita Harian Online . 2014, November 6. Sikap masyarakat kurang kuasai Bahasa Melayu masih dipersoal.

Mohd Rusdy Mohd Noor. 2011. Tahap kefahaman membaca dan proses yan digunakan semasa membaca teks KOMSAS dalam kalangan remaja Cina tingkatan empat. Tesis Master. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Helmi Ahmad. 2011. Gangguan bahasa ibunda, Dewan Bahasa, 10: 32-34

Rahimah Hj Sabran & Rahim Syam. 1985. Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Safiah Osman.1992. Peningkatan kemahiran membaca. Jurnal Dewan Bahasa: 36 (3); 262-269.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan IV. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

Yahya Othman. 2006. Proses kefahaman teks akademik dalam kalangan remaja universiti. Tesis (Ph.D). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Wan Afizi Wan Hanafi , Shaharudin Ahmad, & Noraziah Ali (2014), Faktor Budaya dan Persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan.Geografia Online Malaysian Journal Og Society and Space, 5(5), 107-122.

Zamri Mahmood & Zarina Othman. 2001. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa,2: 40-43.

Published

2017-12-31

How to Cite

Ismail, M. A., Sha’ri, S. N., Nik Muhammad Affendi, N. R. ., & Kamaruddin, R. (2017). Tahap Pemahaman Teks Komsas dalam Kalangan Pelajar Orang Asli, di Smk Mengkarak, Bera, Pahang: Komsas Text Comprehension Levels among Orang Asli Students in Smk Mengkarak, Bera, Pahang . The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 108-119. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/113