Langkah Mendepani Ancaman Pandemik Covid-19 Di Sebalik Krisis Politik Di Malaysia

Steps in Mitigating Covid-19 Pandemic Threat amidst the Malaysian Political Crisis

Authors

  • Ilyas Abdullah UiTM Pahang Kampus Raub
  • Hairol Anuar Hj Mak Din KUIS

Keywords:

Covid-19, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, PKP

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang tindakan dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mendepani Pandemik Covid-19 di tengah-tengah kemelut politik negara yang agak tegang. Umum mengetahui bahawa Kerajaan PN dibentuk dengan majoriti yang sangat tipis di Dewan Rakyat. Selain itu, Kerajaan PN juga berdepan dengan asakan daripada Pakatan Harapan (PH) mengatur strategi untuk mengambil alih kembali tampuk pemerintahan negara. Walau bagaimanapun, tindakan Kerajaan PN dalam mendepani ancaman pandemik Covid-19 telah berjaya mengukuhkan imej PN di kalangan rakyat Malaysia. Bantuan yang bersifat untuk kegunaan semasa (simple logic dan for immediate consumption) ternyata disambut baik oleh rakyat yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan tersebut sedikit sebanyak berjaya meringankan bebanan kewangan rakyat yang dihimpit dengan masalah kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Langkah yang diambil oleh kerajaan PN juga berjaya meredakan suhu politik negara yang selama ini berlatarkan perebutan kuasa di antara dua tokoh politik prolifik negara iaitu Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun kemunculan Kerajaan PN di tengah-tengah ancaman pandemik Covid-19 ternyata melegakan semua peringkat lapisan masyarakat yang selama ini dilihat gagal ditangani dengan berkesan oleh PH.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asyraf Wajdi Dusuki, 26 Februari 2020. Runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan: Sinar Harian.

Berita Harian, 10 Jun 2020. Muhyiddin Perdana Menteri Pragmatik.

Berita Harian, 27 Mac 2020. Keluarga Makcik Kiah dapat manfaat lebih RM8600.

Berita Harian, 29 Februari. Muhyiddin PM ke-8.

Fahmi A Rosly, 13 Julai 2020. Prihatin, Penjana tak dibentang di parlimen kerana situasi mendesak: Berita Harian.

Hazwan Faisal Mohamad, 22 Julai 2020. Lebih RM10 juta terima Bantuan Prihatin Nasional: Berita Harian.

Khairul Anwar Mohd Amin, 27 Mac 2020. Kerajaan mungkin bukan pilihan anda tetapi ambil berat tentang anda: Sinar Harian.

Muhammad Fathi Yusof, 25 Februari 2020. Kuasa Perdana Menteri Ditentukan Agong: Berita Harian.

Nurul Riduan Nor Ashana, 1 Mac 2020. Dipecat bangun semula, dan kini PM ke-8: Sinar Harian.

Sinar Harian, 24 Februari 2020. Perlantikan Perdana Menteri Interim Cipta Sejarah.

Sinar Harian, 8 Jun 2020. 100 hari: PKP langkah berani Muhyiddin berhasil.

Yusmizal Dolah Aling, 16 April 2020: PH gesa sidang khas parlimen: Harian Metro.

Zanariah Abd. Mutalib, 9 April 2020. Covid-19: Peminjam wang, pajak gadai beri moratorium kepada PKS: Berita Harian.

Published

2020-10-16

How to Cite

Ilyas Abdullah, & Hairol Anuar Hj Mak Din. (2020). Langkah Mendepani Ancaman Pandemik Covid-19 Di Sebalik Krisis Politik Di Malaysia: Steps in Mitigating Covid-19 Pandemic Threat amidst the Malaysian Political Crisis. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 71-79. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/141