Kajian Terhadap Aktiviti-Aktiviti Di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi Ke Arah "Masjid Mesra Remaja"

Research On Activities At Masjid Al-Hasanah Towards “Youngsters Friendly Mosque”

Authors

  • Mohd Idris Bin Mohd Yussoff KUIS
  • Syarul Azman Shaharuddin KUIS

Keywords:

masjid, mesra, remaja, aktiviti

Abstract

Masjid tidak boleh sekadar menjadi tempat ekslusif berkumpulnya warga emas dan golongan pesara, akan tetapi ianya perlu menjadi tempat beraktiviti semua lapisan masyarakat termasuklah golongan remaja. Institusi ini perlulah memainkan fungsi yang sebenar agar kembali berperanan dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera. Justeru, faktor-faktor yang mendorong golongan remaja untuk turut serta dalam pengimarahan masjid perlu diberi perhatian terutamanya berkaitan perancangan aktiviti-aktiviti sesuai yang melibatkan golongan ini. Bandar Baru Bangi yang penduduknya majoriti Muslim dan dikenali sebagai “bandar ilmu” perlu menjadi contoh bandar terbaik di Malaysia. Masjid al-Hasanah yang merupakan antara masjid utama dan awal di Bandar Baru Bangi perlu menjadi model dalam menguruskan golongan remaja. Kajian ini ingin mengesahkan sejauh mana pihak jawatankuasa masjid melibatkan golongan remaja dalam aktiviti masjid serta merancang aktiviti untuk mereka. Kajian  memfokuskan keterlibatan remaja dalam menggerakkan aktiviti masjid, program pendidikan yang disusun, aktiviti pengimarahan masjid dan aktiviti luar yang melibatkan golongan ini. Kajian secara kualitatif ini adalah melalui temubual separa berstruktur bersama nazir, ketua biro pemuda, ketua biro pendidikan dan beberapa ahli jawatankuasa masjid. Kajian mendapati, Masjid al-Hasanah telah menyusun pelbagai aktiviti terhadap golongan remaja. Masjid ini boleh menjadi model “masjid mesra remaja” kepada masjid dan surau-surau yang lain di negara ini. Hal demikian agar institusi ini benar-benar memaksimumkan peranan terhadap masyarakat terutamanya remaja yang merupakan harapan negara dan ummah pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Buku

Ahmad Mahdzan Ayob. 2005. Kaedah penyelidikan sosioekonomi, edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Nizam bin Sahad & Ahmad Badri Abdullah. 2010. Usaha-Usaha Ke Arah Penambahbaikan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid, Dlm. Ahmad Najib Abdullah (pnyt) Isu-isu pengurusan dan pengimarahan Masjid di alaf baru. Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan: Akademi Pengajian Islam, 43-60

Santrock, J.W. 2008. Life-Span Development. 11th edition. New York: Mc Graw-Hill

Jurnal

Ezad Azraai Jamsari, Siti Nooraikin Tumiran, Kaseh Abu Bakar & Zamri Arifin. 2010. Peranan Dan Sumbangan Institusi Masjid Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam Singapura : Satu Kajian Di Masjid Assyafaah Sembawang. Journal of Islamic and Arabic Education (JIAE). Vol 2, No 2

Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Zanirah Mustafa@Busu & Badriah Nordin. 2016. Pemerkasaan Masjid Melalui Sistem Hisbah. E-Academia Journal UiTMT (http://journale-academiauitmt.edu.my/). Vol 5, No 2

Saharizah binti Mohamad Salleh & Abdul Munir bin Ismail. 2018. Tahap Keaktifan Aktiviti Dakwah Remaja Di Masjid-Masjid Negeri Selangor: Satu Tinjauan. Jurnal Hal Ehwal Islam Dan Warisan Selangor. Vol 2 , No 1

Prosiding

Jamilia Mohd Marsin, Syed Ahmad Iskandar, Ismail Mustari & Raja Nafida Raja Shahminan. 2017. Ke Arah Membangunkan Masjid Mesra Remaja. e-Proceeding of the 4th International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017 (IMAF-2017). 4 & 5 Disember 2017, Bangi, Selangor, Malaysia, 65

Mahfuzah Mohammed Zabidi & Ab. Halim Tamuri. 2010. Peranan Institusi Masjid Untuk Merealisasikan Konsep Kesepaduian Ilmu Dalam Pendidikan. Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Masjid, 103-104

Mohamad Sofuan Bin Mohamad Saleh. 2018. Aktiviti In Door Serta Out Door Masjid Dan Remaja Muslim - Isu Dan Cabaran. Bangi, Selangor: E-Book Of Masjid, Zakat And Waqf Management 2018 (IMAF 2018). 4 Disember 2018

Nurul Husna Mansor, Nursyazrin Nazee Mudeen, Siti Aishah Abu Bakar, Siti Nor Shuhada Mohamad, Fakhrul Adabi Abdul Kadir & Mohd Afifuddin bin Mohamad. 2011. Pembangunan Potensi Remaja Melalui Institusi Masjid: Satu Tinjauan Di Lima Buah Masjid Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar Pembangunan Masjid. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Acheh

Rizam Tambi Chik & Maimun Agsa Lubis. 2010. Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Tamadun Islam. Prosiding Seminar Memperkasa Masjid Sebagai Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran, Jil 2, 49- 60

Roslan Mohamed. 2002. Keberkesanan Program Masjid : Kajian Umum Di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Koleksi Kertas Kerja Seminar Pembangunan Masjid. Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tesis

Firdaus Bin Mokhtar. 2017. Kecenderungan Masyarakat Islam Menjauhi Institusi Masjid Di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Mohadis Hj. Yasin. 1997. Pengurusan Dan Pentadbiran Institusi Masjid: Kajian Kes Di Negeri Melaka. Tesis Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Internet

Datang masjid, dapat basikal. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/561951/ datang-masjid-dapat-basikal. 9 Mei 2019

Masjid tak mesra pengunjung. https://www.malaysiakini.com/columns/243426. 9 Oktobe2013

Solat di masjid dapat wang saku. https://www.sinarharian.com.my/article/52035/EDISI/Selangor-KL/Solat-Subuh-di-masjid-dapat-wang-saku. 14 Oktober 2019

Temubual

Informan 1 :

Mohd. Safian Bin Abdul Rahman, Nazir Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 19 Oktober 2019, pukul 2.30 petang.

Informan 2 :

Mohd. Napiah Bin Sahrani, Imam Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 19 Oktober 2019, pukul 5.00 petang.

Informan 3:

Mohd Rizan Bin Abdullah, Ketua Biro Pemuda Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 19 Oktober 2019, pukul 6.00petang.

Informan 4 :

Kamaruzaman Bin Md Riffin, Ketua Biro Pendidikan Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 20 Oktober 2019, pukul 8.30 pagi.

Informan 5 :

Rosdi Bin Siraj, Ketua Biro Sukan Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 22 20 Oktober 2019, pukul 10.30 pagi.

Informan 6 :

Mohd Johaary Bin Abdul Hamid, Ketua Biro Kebajikan Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Temubual pada 20 Oktober 2019, pukul 2.30 petang.

Published

2020-10-27

How to Cite

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, & Syarul Azman Shaharuddin. (2020). Kajian Terhadap Aktiviti-Aktiviti Di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi Ke Arah "Masjid Mesra Remaja": Research On Activities At Masjid Al-Hasanah Towards “Youngsters Friendly Mosque”. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 161-175. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/147