Amalan Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMAN)
Learning Practices among Perak State Islamic Secondary Religious Schools in Learning Tahfiz al-Quran
Keywords:
Amalan Pembelajaran, Tahfiz al-Quran dan Pencapaian HafazanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran tahfiz al-Quran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan 311 orang pelajar tahfiz tingkatan empat dari tiga buah SMAN di Perak. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus manakala analisis inferensi menggunakan ujian - t, ujian ANOVA dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap interpretasi bagi amalan pembelajaran tahfiz al-Quran berada pada tahap tinggi iaitu (min = 4.49 dan sp = 0.534). Hasil dapatan kajian bagi tahap pencapaian hafazan pelajar pula menunjukkan berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai (min = 4.01 dan sp = 0.661). Manakala ujian kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran tahfiz al-Quran dengan pencapaian hafazan pelajar di tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Perak. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Sekolah-sekolah Agama Negeri dan Institusi-institusi tahfiz swasta yang menguruskan program-program tahfiz untuk menyusun perancangan terhadap amalan pembelajaran tahfiz yang berkesan dan bersesuaian bagi meningkatkan kecemerlangan tahfiz dalam kalangan pelajar.
Downloads
References
Al-Quran.
Abu Al-Fida’, Muhammad Izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam.
Abu Al- Wafa, Aliyallah Ali. (1999). An-Nur al-mubin litahfiz al-Quran al-Karim: Darul Wafa’.
Abu Najihat Al-Hafiz. (2002). Panduan bagi hafiz -hafizah dan qari dan qari’ah. Selangor: Penerbit Darul Iman.
Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). at - tarbiyyah f il Islam aw ta’ alim fi ra’ yil Qabisi. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub Al’Arabiyah.
Ary, D., Jacobs, L.C., Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education Belmont USA: Wadsworth/Thompsom Learning.
As- Syarbini, Ibrahim Abdul Muni’m. (2004). As-Sabil ila al-Jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul Quran. Zaqaziq: Dar Ibnu Kathir.
Azmil Hashim. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran dan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmil Hashim (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 1-10.
Azmil Hashim (2014). Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan Pelajar. Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014:9-16.
Azmil Hashim (2010). Persepsi guru Tahfiz Terhadap Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz dan Pencapaian Hafazan Al-Quran Para Pelajar Jurnal Perspektif Jil.6 Bil.2 (15-25) ISSN 1985 – 496X.
Mohamad Marzuqi & Azmil Hashim (2016). Kajian Tinjauan Terhadap Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Penulisan Ayat Hafazan Al-quran. Journal Teknikal and Science Sosial.e- ISSN2289 – 7356.
Mohamad Marzuqi & Azmil Hashim (2017). Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal Perspektif: Special Issue 1 (2017), (79-89) ISSN 1985-496X / eISSN 2462-2435.
Hikmiyah, N. (2015). Metode Pembelajaran Tahfiz Al-Quran Di Griya Al-Quran Jalan Cisadane 36 Surabaya. Surabaya: UIN Sunan Ampel Surabaya.
Hilmi bin Ismail. 2010. Pengalaman Solat fardu Di Kalangan Mahasiswa Di TATI University College (TATIUC), Kemaman Terengganu, (Kertas Projek Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam) Universiti Malaya: K.L.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) (2009). Kertas Kerja Penubuhan Pendidikan Tahfiz Sekolah-sekolah Agama Negeri Perak 2009. Bahagian Pendidikan (JAIPK).
Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. (1994). Al-Quran dan cara-cara menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan Darul Quran.
Robson, C. (1998). Real world research. UK: Blackwell Publisher Itd.
Shahin, Abdul Sobur. (1995). Tarikhul Quran. Kaherah: Matbacah As-Sacadah.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.