Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan
Abandonment of Jawi Script as a Symbol of Malay Identity: A Case Observation Research
Keywords:
Tulisan Jawi, tinjauan, sorotan literatur, jati diri, terpinggirAbstract
Makalah ini mengemukakan perbincangan bersifat tinjauan terhadap tulisan Jawi sebagai lambang jati diri Melayu yang dilihat kian terpinggir. Dalam skop perbincangan, peminggiran tulisan Jawi akan dikaitkan dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji terhadap golongan belia dan remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah mahupun Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hasil sorotan literatur, didapati tahap pengusaan Jawi dalam kalangan belia khususnya, masih berada pada tahap sederhana dari aspek kemahiran membaca mahupun menulis. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana tulisan Jawi sangat berwibawa sebagai wahana utama dalam perkembangan ilmu di Alam Melayu khususnya pada zaman perkembangan bahasa Melayu klasik, iaitu sekitar abad ke-13 hingga 19. Namun, selepas era penjajahan dan kemerdekaan Tanah Melayu, tulisan Jawi kian mengalami kemerosotan dan terus terpinggir terutama selepas pewartaan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Justeru, tujuan isu ini dibangkitkan adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat hari ini bahawa isu peminggiran tulisan Jawi adalah amat serius dan perlu difikirkan bersama agar khazanah berharga ini tidak hilang dan terus dipelihara khususnya oleh generasi muda. Turut dikemukakan dalam perbincangan ini adalah usaha-usaha yang telah dilakukan atau cadangan usaha-usaha yang wajar dilakukan bagi memastikan tulisan Jawi tidak terus terpinggir. Kesimpulannya, diharap kegemilangan tulisan Jawi sebagai tulisan yang berprestij suatu masa dahulu dapat dikembalikan dan berkembang untuk menyampaikan pelbagai bidang ilmu.
Downloads
References
Abd Jalil Borhan. 2012. Tulisan Jawi: Tulisan Serantau. Kertas kerja ucaptama Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012. Universiti Malaysia Pahang.
Abdullah Hassan (pnys). 2007. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952-2002). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Amat Juhari Moain. 1995. Tulisan jawi sebagai wahana pelestarian bahasa, budaya dan tamadun dunia Melayu. Kongres Bahasa Melayu Sedunia Kumpulan Kertas Kerja Jilid I, hlm. 150-162.
Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Niswa@Noralina Abdullah. 2009. Penguasaan tulisan Jawi di kalangan mahasiswa Pengajian Islam: kajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Jurnal Al-Tamaddun: hlm. 145-156.
Hamdan Abdul Rahman. 1999. Panduan menulis dan mengeja jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puataka.
Hashim Hj. Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz. 2009. Pemerkasaan kembali tulisan jawi. Jurnal Aswara. 4(1), hlm. 159-176
Ismail bin Dahaman, Manshoor bin Haji Ahmad. 2006. Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kang Kyoung Seok dan Muhammad Syukri Rosli. 2015. Pengantar Ilmu Jawi. Selangor: Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia.
Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan: hlm. 161-172.
Nur Azuki Yusuff dan Nik Yusri Musa. 2012. Penerimaan dan halatuju tulisan Jawi: satu tinjauan dari pandangan remaja. Prosiding Seminar Jawi Serantau.
Shakila Ahmad et.al. 2011. Tulisan Jawi sebagai warisan peradaban bangsa: analisa dari aspek cabaran semasa. Kertas kerja World Congress for Islamic History and Civilization. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Shakila Ahmad et.al. 2012. Cabaran semasa tulisan Jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Juornal of Techno Social: hlm. 81-88.
Syed Naquib al-Attas. 2015. Tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
ww1.utusan.com.my
www.sinarharian.com.my
Zainal Abidin Ahmad. 2013. Bahasa Melayu kelebihan dan kekurangannya. Selangor: Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia.
Zakaria Stapa et.al. 2012. Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-muslim. Jurnal Hadhari Edisi Khas: hlm. 129-141.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.