Amalan Tabayyun Netizen dalam Menerima dan Menyampaikan Maklumat di Media Sosial

Tabayyun Netizens Practices in Receiving and Conveiying Information on Social Media

Authors

  • Nuramaliya Mohamad Rosman UKM
  • Rosmawati Mohamad Rasit UKM

Keywords:

Media sosial, lambakan maklumat, berita palsu, tabayyun, netizen

Abstract

Penggunaan aplikasi media sosial di era globalisasi kini telah menjadi satu trend dalam penyaluran dan penerimaan maklumat dengan pantas dan berkesan. Namun, penyaluran dan pengaksesan maklumat tanpa kawalan dapat mewujudkan impak yang negatif terhadap lambakan maklumat yang mempunyai variasi status kesahihannya. Implikasinya boleh terdedah kepada wujudnya penyebaran berita palsu dan fitnah. Walau bagaimanapun, kesahihan sesuatu berita di media sosial dapat diukur bergantung kepada cara pengguna tersebut mengendalikan sesuatu maklumat yang diterima. Amalan menyelidik dan membuat penilaian harus didahulukan sewaktu menerima sebarang maklumat dan informasi di media sosial bagi mengelakkan penularan berita palsu. Pengamalan konsep tabayyun harus diaplikasi oleh warga netizen iaitu proses tapisan, penilaian maklumat dengan cermat dan teliti sewaktu menerima dan menyebarkan sesuatu maklumat. Namun, tahap penilaian maklumat di media sosial bergantung kepada reaksi dan persepsi netizen terhadap maklumat yang diterima. Faktor latar belakang netizen yang berbeza seperti umur, tahap pendidikan, tahap penggunaan dan sebagainya mempengaruhi cara seseorang pengguna menerima dan menyebarkan maklumat di media sosial. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana amalan tabayyun netizen dalam menerima dan menyebarkan maklumat di media sosial. Seramai 14 orang informan yang terdiri dari kalangan netizen muslim yang berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dibahagikan kepada dua jenis kumpulan iaitu kumpulan netizen yang mempunyai latar pendidikan Ijazah Sarjana Muda dan kumpulan netizen yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan kaedah temu bual separa struktur dan perbincangan kumpulan fokus. Kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua jenis netizen mempunyai amalan tabayyun yang hampir sama iaitu terima, selidik dan sebar. Namun terdapat sedikit perbezaan dari sudut cara penelitian maklumat iaitu pemilihan rujukan sumber. Kumpulan netizen pertama mempunyai amalan tabayyun yang baik dengan berhati-hati dalam menerima maklumat dan merujuk kepada sumber yang sahih dan berautoriti sebelum berkongsi. Manakala sebahagian daripada informan kumpulan kedua dilihat mempunyai tahap amalan tabayyun yang kurang memuaskan. Kumpulan kedua menerima maklumat dan menentukan kesahihannya melalui foto dan ruang komen di aplikasi media sosial menunjukkan kurangnya sikap berhati-hati sewaktu mencari,  menerima, menyelidik dan menyebarkan maklumat.. Faktor perbezaan latar belakang dan tahap pendidikan mendorong kepada sikap dan cara netizen belia muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Justeru itu, amalan konsep tabayyun perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat bagi mengawal penularan isu berita palsu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran.

Ali Salman & Siti Minanda Pulungan. 2017. Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan facebook dalam menjalin persahabatan. Jurnal Komunikasi:Malaysian Journal of Communication, 33(1): 438-459.

Al-Imam Abu Al-Fida Ismail Ibn Kathir Ad-Dimasyqi. 2012. Tafsir Ibn Kathir. Bandung: Sinar Baru Algensindo. hlm 322.

Al-Maraghi, Ahmad Mustafa Al-Maraghi, 1983. Terjemahan tafsir al-maraghi. Pustaka al-Azhar. Kuala Lumpur, Malaysia.

Andrews, L. 2011. I know who you are and I saw what you did: social networks and the death of privacy. New York: Free Press.

Dina Nasicha. 2016. Makna tabayyun dalam Al-Quran. Tesis Master, Fakultas Ushuluddin dan Humaniora, Universitas Islam Negeri Walinsongo, Semarang Indonesia.

Faradillah Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira Afnee Zakaria & Nuraina Nabila Dundai Abdullah. 2015. Hubungan penggunaan media sosial dan penerimaan mesej dakwah. Proceeding of The 2nd International Conference on Management and Muamalah. 2015, p. 181-191.

Farah Waheeda Yahya & Muhammad Faisal Ashaari. 2019. Konsep al-tabayyun dan faktor mendorong maklumat fasiq di alam maya. Jurnal Al-Tahkim, 9(1): 8-14.

Farris Shahiran Mohd Rizal, Chairel Azizi Abd Halim, Haiqal Haziq Nor Sham, Izzudin Hakim Muhd Sukur, Derham Idjie & Jalaludin Mohd Aris. 2019. Faktor yang menyumbang dan cara mengatasi penyebaran berita palsu. Pembentangan Akhir Pelajar Pengajian Islam Universiti Tun Hussein Onn. 2019.

Fatkhurahman. 2018. Kemampuan mahasiswa tempatan menilai berita palsu atau “hoax” dalam media sosial dalam upaya pengembangan jiwa kewirausahaan. Jurnal Benefita, 3(3): 417-426.

Hoq, K. M. G. 2014. Information overload: Causes, consequences and remedies- A study. Philosophy and Progress, LV-LVI(1-2). doi: 10.3329/pp.v55i1-2.26390

Iftitah Jaafar. 2017. Konsep berita dalam al-quran: implikasinya dalam sistem pemberitaan di media sosial. Jurnalisa, 3(1): 1-15.

Ika Rusdina. 2018. Kognisi pembaca berita palsu (fake news) di media online. Jurnal Kodifikasia, 12(2): 185-196.

Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. 28-29 Mac 2012, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Mohammad Naqib Hamdan & Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar. (2018). Aplikasi al-tabayyun dalam menangani penularan maklumat palsu berkaitan produk halal. Jurnal Al-Basirah, 8(1): 23-36.

Muhamad Faisal Ashaari, Lily Yaakob, & Rosmawati Mohamad Rasit. 2017. Dinamisme Islam di Alam Maya. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Muhammad Faisal Ashaari, Nor Faizah Ismail & Rosmawati Mohamad Rasit. 2019. Reaksi netizen muda terhadap kebanjiran maklumat di alam maya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3): 390-406.

Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti Zobidah Omar. 2011. Tahap Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam Di Internet Dari Perspektif Model Penerimaan Teknologi (TAM). Bangi: UKM

Mohd Iskandar Ibrahim & Farah Marshita Abdul Patah. 2020. COVID-19: 259 kertas siasatan berita palsu dibuka https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685487/covid-19-259-kertas-siasatan-berita-palsu-dibuka [8 Mei 2020].

Mohd Asim Ismail. 2018. Tabayyun menjamin perpaduan ummah. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tabayyun-menjamin-perpaduan-ummah- 1.671979 [29 April 2019]

Nadia Fauzi. 2017. Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu Kebaikan Atau Keburukan?. Bandar Baru Bangi: Institusi Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP).

Nor Aslamiah Ali. 2012. Laman media sosial: Tren komunikasi masa kini. DimensiKoop Nov: 46-50.

Othman Lebar. 2006. Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sara Chinnasamy. 2017. Tahap literasi media elak diperdaya laporan palu https:// www.bharian.com.my/node/270678 [ 3Mei 2020].

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2018. Kajian Statistik Pengguna Internet. Cyberjaya: Penerbit Suruhnjaya Komunikasi Dan Multimedia.

Syarifah Sari Binti Datu Asal. 2018. Pembingkaian Berita Muka Hadapan Akhbar Dalam Talian Berdasarkan Konsep Al-Tabayyun. Tesis Sarjana, Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media Baharu Yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Malaysian Journal of Media Studies 13(2): 93-110.

Wan Hakimin b. Wan Mohd Nor, Fatin Nazmin Mansor & Nik Mohd Nabil b. Ibrahim @ Nik Hanafi. 2018. Kepentingan tabayyun dalam mendepani arusglobalisasi.4th International Conference On Islamiyyat Studies 2018, hlm. 411-421.

Zulhilmi Abdullah, Halimaton Sa’adiah Ariffin, Shaharudin Ismail & Ahmad Nazrul Rosli. 2016. Kebolehpercayaan Maklumat Elektronik: Tinjauan Awal Terhadap Pelajar Tamhidi. Conference: 2nd International Convention of Islam, Science & Education, At Universiti Sains Islam Malaysia, hlm. 641-647.

Zulkiple bin Abd Ghani. (2010). Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Published

2021-05-25

How to Cite

Nuramaliya Mohamad Rosman, & Rosmawati Mohamad Rasit. (2021). Amalan Tabayyun Netizen dalam Menerima dan Menyampaikan Maklumat di Media Sosial: Tabayyun Netizens Practices in Receiving and Conveiying Information on Social Media. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 8(1), 102-115. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/157