Rukun Negara Medium Keharmonian Di Malaysia: Tinjauan Dalam Kalangan Para Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia

Rukun Negara As A Medium of Harmonization in Malaysia: A Survey Among Higher Learning Institution’s Students in Malaysia

Authors

  • Ayu Nor Azilah Mohamad KUIS
  • Dr. Mohamed Ali Haniffa UUM
  • Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir KUIS

Keywords:

Rukun Negara, keharmonian, Malaysia, 13 Mei 1969, Institusi Pengajian Tinggi

Abstract

ABSTRAK

Rukun Negara diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-4 pada 30 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Rukun Negara diwujudkan di bawah dasar perpaduan negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Penulisan artikel ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tentang peranan Rukun Negara sebagai medium keharmonian di Malaysia. Seramai 242 orang responden yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Ini merupakan data dapatan kajian rintis. Responden kajian dikehendaki untuk menyatakan tahap persetujuan mereka berdasarkan skala likert lima mata iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Tidak Pasti), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 bagi mendapatkan nilai skor min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Keputusan data yang dianalisis mendapati bahawa keseluruhan min ialah 4.31 dengan interpretasi min tahap sangat tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa para pelajar di IPT menyedari akan peranan Rukun Negara dalam mengharmonikan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia. Ini akan meningkatkan ekonomi negara dan menstabilkan politik dengan pengekalan pemerintahan demokratik.

 

Kata kunci: Rukun Negara, keharmonian, Malaysia, 13 Mei 1969, Institusi Pengajian Tinggi

Downloads

Download data is not yet available.

References

Rujukan

Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani.

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2010. “Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara” dalam Proceedings of the Seminar on National Resilience: Political Management and Policies in Malaysia. Kedah: Langkawai.

Abdul Rahman Ibrahim. 2015. 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Jonet. 2007. Sistem Undang-Undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 13 Mac 2013. Negara Akan Terus Maju Jika Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan. Dirujuk pada 1 Julai 2021.

Anuar Rafie & Salehah Abdull Hak. 2007. Rukun Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Aqilah Mior Kamarulbaid, 27 Februari 2021. ‘Perlembagaan Memastikan Keadilan untuk Semua’ https://www.utusan.com.my/rencana/2021/02/perlembagaan-memastikan-keadilan-untuk-semua/. Dirujuk pada 1 Julai 2021.

Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa, Wayu Nor Asikin Mohamad. 2019. “Perlembagaan Persekutuan Malaysia Mengharmonikan Ikatan Masyarakat Majmuk di Malaysia” dalam Journal of Muwafaqat Vol. 2, No. 1, 2019, pp. 60-74. Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor.

Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin & Nor Azlina Endut. 2013. “Rukun Negara: Peranan, Penghayatan dan Cabaran dalam Perpaduan di Malaysia” dalam Mohd Azani Jabar (peny.). Membina Bangsa Malaysia, Jilid 5: Negara Bangsa. Jabatan Perdana Menteri: Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara. 2018. Rukun Negara. Jabatan Penerangan Malaysia: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara. 2020. Rukun Negara: 5 Kunci Perpaduan di Malaysia. Jabatan Penerangan Malaysia: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Eddin Khoo. 2020. Rukun Negara: Selayang Pandang. Kuala Lumpur: Kala Publishers Sdn. Bhd.

Ishak Saat. 1985. Tun Abdul Razak Hussein: Survival Politik Melayu 1963–1976 dalam Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (122-137) ISSN 1985 - 496X

Ismail Ibrahim. 7 November 2017. ‘Kempen Budi Bahasa Budaya Kita Relevan’ https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/11/347615/kempen-budi-bahasa-budaya-kita-relevan. Dirujuk pada 1 Julai 2021.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Lee Yok Fee & Sarjit S. Gill. 2008. Rukun Negara Teras Pembinaan Modal Insan: Satu Komentar. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 16(1): 107-113. Universiti Putra Malaysia Press.

Mardiana Nordin & Hasnah. 2014. Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor.

Mohamed Mustafa Ishak. 2014. Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Pelbagai Etnik. Kuala Lumpur: ITBM & UUM Press.

Mohd. Salleh Abas (Dikemaskini oleh Haji Salleh Buang). (2006). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazri Muslim. 2017. Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2019. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Riduan Tambi, 2013. Rukun Negara. Bahagian Penerbitan Dasar Negara: Jabatan Penerangan Malaysia: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ruslan Zainuddin (editor), Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Norayu Mohd Basir, Junainor Hassan, Shuhairimi Abdullah dan Hassad Hassan. 2014. Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek Hubungan Etnik: Kajian kes di Universiti Malaysia Perlis dalam Journal of Human Development and Communication Volume 3 (Special Issue), 2014 [67-79].

Tschannen-Moran, M. & Gareis, C.R., 2004. Principle’s Sense of Efficacy: Assessing a Promising Construct. Journal of Educational Administration. 42(5), 573-585

Zainal Abidin Borhan, Ahmad Hakimi Khairuddin, Noor Hasnoor Mohamad Nor. 2014. “Tamadun Melayu sebagai asas dan kelangsungan tamadun Malaysia” dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Published

2021-11-15

How to Cite

Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa, & Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir. (2021). Rukun Negara Medium Keharmonian Di Malaysia: Tinjauan Dalam Kalangan Para Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia: Rukun Negara As A Medium of Harmonization in Malaysia: A Survey Among Higher Learning Institution’s Students in Malaysia. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 8(2), 17-31. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/170