Perspektif Masyarakat Terhadap Faktor Poligami

Society’s Perspective on The Factor of Polygamy

Authors

  • Nabilah Haji Bujang UNISSA
  • Dr. Nurzakiah binti Hj Ramlee UNISSA

Keywords:

perspektif, masyarakat, faktor, poligami, hukum syara'

Abstract

Poligami adalah satu amalan perkahwinan yang telah lama wujud dan diamalkan dalam setiap masyarakat termasuk di Negara Brunei Darussalam. Keharusan poligami menurut Islam bertujuan untuk kesejahteraan semua pihak iaitu ahli keluarga yang terlibat, masyarakat dan juga negara. Sebahagian masyarakat menjadikan poligami sebagai salah satu cara jalan penyelesaian di dalam perkahwinan mereka. Ini kerana isteri tidak mahu diceraikan ataupun berstatus janda, dan mereka lebih rela dimadukan. Ada juga yang menjadikan poligami sebagai cara untuk memenuhi kemahuan suami yang tidak cukup dengan hanya mempunyai seorang isteri. Ramai masyarakat yang berpandangan negatif terhadap poligami ini kerana ada yang berfikiran bahawa poligami inilah pemusnah sesebuah keluarga yang terlibat, nafkah isteri dan anak-anak juga terabai dan sebagainya. Akan tetapi kita perlu sedar bahawa poligami ini telah disyariatkan dan diharuskan oleh Allah Subhanahu Wa Taala, malah dalam keadaan tertentu ia menjadi sunat. Oleh kerana poligami ini meningkat dari tahun ke tahun, kertas kerja ini membincangkan mengenai faktor berlakunya poligami di Negara Brunei Darussalam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis kandungan dengan membuka beberapa fail kes poligami yang ada di Mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan. Hasil kajian empat kes yang dibuat di mahkamah mendapati alasan-alasan yang dikemukakan oleh pemohon untuk berpoligami antaranya ialah untuk mengeratkan silaturrahim yang sekian lama terpisah dan ingin mendalami agama Islam, bakal isteri mempunyai ciri-ciri yang diingini, ingin bertanggungjawab terhadap bakal isteri yang sedang mengandung akibat dari keterlanjuran yang telah mereka lakukan, menghindari perkara yang bertentangan dengan Hukum Syara’, memelihara supaya tidak berlaku fitnah, dan kerelaan hati kedua belah pihak iaitu pemohon dan bakal isteri.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran Al-Karim

Abdullah Al-Buthoni. 2010. Poligami: Bukti Keadilan Hukum Allah. Rumah Ilmu.

Abd Karim Zaidan. 1997. Al-Mufassal Ahkam Al-Mar’ah wa Al-Bait Al-Muslim fi Syariah Al-Islamiyyah. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Abd Rahman Ghazaly. 2006. Fiqih Munaqahat. Jakarta: Kencana.

Abd Rahman I Do’I. 2002. Penjelasan lengkap hukum-hukum Allah (Syari’ah). Jakarta: Rajawali Press.

Abu Abd Rahman An-Nasa’ie. 1987. Al-Mujtabi min As-Sunan: As-Sunan As-sughra li An-Nasa’ie.

Abu Daud Sulaiman. Sunan Abu Daud. Beirut: Al-Maktabah Al-‘Asriyyah.

At-Tarmizi. 1975. Sunan At-Tarmizi. Mesir.

Dewan bahasa dan pustaka. 2005. Kamus Dewan. Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia. Ed: 4.

Haji Awang Abdul Aziz Juned. 1996. Fatwa Mufti Kerajaan 1994-1995. Brunei: Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah.

Ismail bin Umar Ibnu Kathir. 1999. Tafsir Al-quran Al-Azim (Tafsir Ibnu Kathir)

Mahmud Yunus. 1996. Hukum perkahwinan dalam Islam menurut Mazhab Syafi’ie, Hanafi, Maliki dan Hanbali. Jakarta: PT. Hidakarya Agung.

Muhammad bin Ismail Al-Bukhari. Shahih Bukhari.

Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, ‘Ali Al-Sharbaji. 2005. Manhaj Fiqh Al-Shafi’i.

Ruhani Al-Abraasyi. 1995. Memilih jodoh & berumahtangga (nikah-poligami-cerai) menurut Nabi SAW. Malaysia: al-Hidayah.Haji Tamit.

Zaini Nasohah. 2000. Poligami hak keistimewaan menurut syariat Islam. Malaysia: Kuala Lumpur.

Ahmad Khotim. 2019. Adil Dalam Poligami Menurut Kyai Di Jombang Perspektif M. Quraish Shihab. At-Tahdzib: Jurnal Studi Islam Dan Muamalah. Vol 7, No 2.

Alean Al-Krenawi & Vered Slonim-Nevo. 2008. Psychosocial and Familial Functioning of Children from Polygynous and Monogamous Families. Journal of Social Psychology. Vol 6, No 148.

Muhammad Arif Mustofa. 2017. Poligami dalam Hukum Agama dan Negara. Jurnal Al Imarah: Jurnal Pemerintahan dan Politik Islam. Vol 2, No 1.

Abd Hakim Amir. 2007. Islam Menganjurkan Umatnya Untuk Mempunyai Banyak Anak. https://almanhaj.or.id/2258-islam-menganjurkan-umatnya-untuk- mempunyai-banyak-anak.html. 26 November 2021

Fadzlena Jaafar. 2007. Perkahwinan: Poligami Daripada Perspektif Wanita. Utusan Malaysia. https://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/291. 26 November 2021

Khairuddin Bin Haiyon. 2018. Bicara Poligami Siri 2. Jabatan Agama Islam Selangor. https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=390&k=poligami. 26 November 2021

Maktabah Shamela. https://shamela.ws/. 24 November 2021

Hajah Saadiah Haji Tamit. 2003. Poligami Menurut Perspektif Undang-undang Keluarga Islam Brunei. Seminar Akademi Pengajian Brunei. Dewan Kolej Kediaman Siswa Lelaki, Universiti Brunei Darussalam, 13 Ogos 2003.

Published

2021-12-31

How to Cite

Haji Bujang, N., & Nurzakiah binti Hj Ramlee. (2021). Perspektif Masyarakat Terhadap Faktor Poligami: Society’s Perspective on The Factor of Polygamy. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 8(2), 122-134. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/176