KAJIAN MENGENAI KEFAHAMAN DAN PERANAN AHLI MASYARAKAT TERHADAP KONSEP WALI KEPADA ANAK YATIM

THE CONCEPT OF GUARDIANS FOR ORPHANS: A STUDY ON THE UNDERSTANDING AND ROLE OF COMMUNITY MEMBERS

Authors

  • Noraini Mohamad
  • Siti Zaleha Ibrahim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Hasliza Talib
  • Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin

Keywords:

wali, anak yatim, kefahaman, peranan

Abstract

Kematian bapa dalam sesebuah keluarga memberi kesan besar kepada isteri dan anak-anak. Kebanyakkan dalam kalangan mereka akan kehilangan tempat bergantung, apatah lagi jika isteri tidak bekerja. Selain isteri, anak-anak juga akan mendapat impak yang besar terhadap kehilangan bapa yang menjadi ketua dalam keluarga sebelum ini. Ketiadaan posisi bapa dalam keluarga akan menyebabkan banyak kelompangan berlaku sama ada melibatkan keperluan kewangan dan emosi. Justeru kajian ini akan mengetengahkan beberapa posisi yang perlu menjadi perhatian khususnya yang melibatkan anak yatim. Objektif kajian ini adalah meneroka konsep wali terhadap anak yatim menurut perspektif Islam dan mengkaji kefahaman ahli masyarakat terhadap konsep wali dan peranannya kepada anak yatim. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk persampelan bertujuan dengan pengumpulan data melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Lapan orang peserta kajian yang dipilih mewakili balu, pengurus rumah anak yatim, ahli akademik dan pengamal undang-undang. Hasil kajian mendapati, kefahaman peserta kajian terhadap konsep wali kepada anak yatim adalah menepati maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Begitu juga peranan dan tanggungjawab wali anak yatim yang juga turut dihuraikan berasaskan apa yang ada dalam ketetapan ajaran Islam. Namun pelaksanaan terhadap kefahaman tersebut masih tidak boleh dipastikan. Justeru kajian ini diharap dapat memberi cetusan idea kepada kelestarian kajian yang akan datang khususnya yang melibatkan aplikasi terhadap kefahaman yang dibawa oleh ahli masyarakat yang terlibat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdurrahman Misno Bambang Prawiro. (t.t) Pendidikan Berkarakter Islami bagi anak yatim. Dosen Tetap Prodi Akhwal Al Syakhsiyah Jurusan Hukum Islam STAI Al-Hidayah Bogor.

Abi Bakr Ahmad bin ‘Ali al-Razi al-Jassas, Ahkam al-Qur’an (n.np: Dar alKhilafah al-‘ Aliya, 1 vols., 1335/1916), 405.

Al-Mu’jam Lisan al-Arab, Maktabah Syuruq al-Dauliyah, Mesir. Cet. IV tahun 1425 H/2004 M.

Al-Tirmidzi, Muhammad bin Isa, al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmidzi, tahqiq; Ahmad Syakir, Bab Zakat Maal al-Yatim, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut, t.th., jil.3, hlm: 32.

Al-Zuhayli. Al-Tafsir al-Munir. Jil(4). Dirasat: Jurnal Manajemen dan Pendidikan Islam 2, no. 1 (Desember 2016)

Amir Awang, Rusimah Sayuti, Zakiyah Jamaluddin & Chan Cheong Chong. 2004. Permasalahan Anak Yatim Di Institusi Kebajikan Anak Yatim. Universiti Utara Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/269053837.

Farah Syazrah Mohd Ghazalli, Muhammad Fadhil Nurdin & Norizan Abdul Ghani. 2015. Penerimaan Layanan Emosi Anak Yatim Di Rumah Perlindungan: Kajian Di Wisma Yatim Perempuan Islam, Pulau Pinang. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. eISBN: 978-967-13705-0-6.

Ibn Qayyim al-Jawziyah. 1994. Tuhfat al-Mawrud bi Ahkam al-Mawlud. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Imam Wahyudi. 2009. Motivasi Anak Yatim masuk ke PYIT.

Khairuddin & Rina Safrida. 2020. Pemeliharaan Harta Anak Yatim oleh Wali (Studi Kasus di Kecamatan Tangan-Tangan Kabupaten Abdya). Fakultas Syari’ah dan Hukum UIN, Jurnal Ar-Raniry Banda Aceh.

Masalah Perlindungan Anak (Jakarta: Akadanih, 1989), 15; Agus F. Tanggayung, Proses Belajar Mengajar di Taman Kanak-Kanak (Jakarta: LP, l986), 5; Elizabert B. Huriock, Child Development (Tokyo: McGraw Hill Book, 1978), 37.

Muhammad b. Abi Bakr al-Razi. 1931. Al-Mukhtar al-Shihah. Beirut: Dar al-Fikr.

Muḥammad b. Mukarram Ibn Manzur. 1993. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Rashid Ridha. T.th. Tafsir al-Manar. Mesir: al-Manar.

Sayyid Sabiq. Tafsir Fi Zilal al-Quran. t.t.

Syamsul Bahri (2015), Konsep Nafkah Dalam Hukum Islam. Kanun Jurnal Ilmu Hukum. No.66 Th.XVII (Agustus,2015) pp381-399.

Siti Nur Hazimah Hamid, Bahiyah Ahmad, Shahidra Abd Khalil & Zunaidah Mohd Marzuki. Pembiayaan Nafkah Anak Yatim: Tinjauan Menurut Perspektif Fiqh, Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia Serta Kefahaman dan Amalan Masyarakat. Akademika 90(1), April 2020: 137-149.

Tafsir Al-Quran Al-'Azim. Dar Al-Taybah, (2/223).

Tafsir al-Quran al-Karim, Imam Abu Al-Fida’ bin Kathir. Kuwait: Jumiyyah Ihya’ al-Turath.

Tafsir al-Waseet. Dar Nahdhah Misr, (3/58).

Wahbah al-Zuhaili. 2011. Fiqih Islam Wa Adillatuhu Jilid 10. Darul Fikir Kuala Lumpur.

Zahratul Idami. 2012. Penetapan Perwalian Bagi Anak Korban tsunami Oleh Mahkamah Syar’iah Kota Banda Aceh. Jurnal: Dinamika Hukum. Vol. 12. No. 1. Januari 2012.

Zulfaqar bin Mamat, Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail, Lukman bin Abdul Mutalib, Syahirah binti Abdul Shukor & Hasnizam bin Hashim. 2019. Tertib Wali Hakim dalam Perkahwinan: Kajian Kes di Negeri Sembilan. https://www.researchgate.net/publication/334361477.

Published

2021-12-31

How to Cite

Noraini Mohamad, Siti Zaleha Ibrahim, Hasliza Talib, & Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin. (2021). KAJIAN MENGENAI KEFAHAMAN DAN PERANAN AHLI MASYARAKAT TERHADAP KONSEP WALI KEPADA ANAK YATIM: THE CONCEPT OF GUARDIANS FOR ORPHANS: A STUDY ON THE UNDERSTANDING AND ROLE OF COMMUNITY MEMBERS. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 8(2), 97-121. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/185