Menelusuri Novel Berunsur Sejarah Nama Beta Sultan Alauddin: Pembinaan Karakter Seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Searching a Historical Novel Nama Beta Sultan Alauddin: Building a Balanced Character based on The Philosophy of National Education
Keywords:
Novel berunsur sejarah, kesusasteraan Melayu, pembinaan karakter, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, modal insanAbstract
Revolusi Industri 4.0 yang menerjah dunia menawarkan norma baharu dalam kehidupan dengan pengaplikasian teknologi secara menyeluruh. Situasi ini pastinya memberi impak dalam menyantuni belia yang lebih gemar berdampingan dengan gajet sehingga mengabaikan adab serta kesusilaan sesama manusia. Oleh demikian sastera masih berperanan sebagai medium dalam memanusiakan manusia. Kajian ini merupakan penelitian terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diterapkan dalam novel kajian iaitu sebuah novel berunsur sejarah, Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani. Seterusnya, penyelidik menganalisis kandungan novel berunsur sejarah Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Novel berunsur sejarah Nama Beta Sultan Alauddin merupakan karya yang menyingkap ceritera kehidupan salah seorang waris pemerintah zaman Kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi sedari kecil sehingga kewafatan baginda. Novel ini dipilih sebagai data kajian kerana menawarkan kriteria-kriteria yang positif dalam pembinaan karakter seorang insan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif di mana analisis kandungan dilaksanakan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selanjutnya dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif. Hasil dapatan menemukan pengarang iaitu Faisal Tehrani secara tidak langsung menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam novel Nama Beta Sultan Alauddin. Selain mengangkat sejarah bangsa, novel Nama Beta Sultan Alauddin turut memperincikan watak dan perwatakan yang ideal dalam membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.
Downloads
References
Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus sekolah. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi & Mahfuzoh Mohammed Zabidi. (31 Mei-2 Jun 2014). Pedoman Al-Quran dan Al-Sunnah Terhadap Pedagogi Kerohanian dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti: Suatu Cadangan Awal. Dalam International Conference and Exhibition on Islamic Education 2014. Kota Bharu.
Ani Omar. (2014). Pendidikan sastera di Malaysia dalam membina generasi unggul berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Jurnal PENDETA, 5(1), 1-22.
Asmiaty Amat. (2018). Menyingkap gelojak rasa dan citra Azmah Nordin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faisal Tehrani. (2016). Nama beta Sultan Alauddin. Bangi: DuBook Press Sdn. Bhd.
Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat@Mustaffa. (2019). Model remaha orang asli yang unggul dalam Bahlut. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 1(1).
Kamus Kesusasteraan. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Kaviza. (2019). Penggunaan sumber-sumber sejarah dalam mata pelajaran Sejarah: Pilihan murid? Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(1), 30-38.
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 36, 90-106.
Mohd Firdaus Che Yaacob & Nasirin Abdillah. (2017). Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui cerita-cerita rakyat Melayu: Kajian teks Himpunan 366 cerita rakyat Malaysia diselenggara oleh Aripin Said & Othman Puteh. Journal of Business and Social Development, 5(2), 67-74.
Muhammad Hilmi Jalil & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2013). Kepentingan kesihatan diri dalam pembangunan insan: Analisis karya falsafah Hamka. Jurnal Hadhari, 5(2), 69-84.
Norhayati Ab. Rahman. (2015). Wajah sastera Malaysia seharusnya bagaimana? Dalam Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.), hlm. 135-148. Sastera teras negara bangsa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Nor Fazilah Noor Din & Hishamudin Isam. (2018). Merunut kajian media sosial dan pembangunan diri remaja: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Youth Studies, 19(2), 50-67.
Nor Raudah Siren. (2006). Falsafah diri remaja dalam novel remaja Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
S. Othman Kelantan & Abdullah Tahir. (2003). Sejarah kesusasteraan Melayu moden: Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saharia Ismail. (2015). Pembangunan insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83-99.
Shahril @ Charil Marzuki (2005). Pelaburan dalam pendidikan adalah untuk pendidikan atau pendidikan untuk kerjaya. Dalam Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som & Alina Ranee (Ed.), hlm. 196. Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Siti Nurhidayah Ismail. (2019). Ledakan data raya dan dan Revolusi Industri 4.0. Malaysian Journal of Youth Studies, 20(1), 111-119.
Wan Mohd Dasuki Wan Abdullah. (2018). Meor Abdul Rahman: Konsep tempur seni Gayong dan inovasi silat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 29, 262-285.
Published
How to Cite
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.