TERAPI TAUBAT DALAM MENANGANI DAMPAK KESIHATAN MENTAL COVID-19

Authors

  • Syamim Zakwan Rosman Rosman Mr.
  • Siti Rashidah Abd Razak KUIS
  • Siti Zaleha bt Ibrahim KUIS
  • Noraini bt Mohamad KUIS

Keywords:

Terapi, Psikospiritual, Nabawi, Kesihatan mental, Covid-19

Abstract

Wabak Covid-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental. Ekoran dari wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus mengubah corak dan norma kehidupan mereka. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak. Namun begitu, ia berpotensi menjejaskan kesihatan mental individu terlibat sama ada individu yang menjalani tempoh PKP susulan dari tekanan psikologi yang meliputi rasa takut, tertekan, dan murung. Antara kaedah bagi menangani isu kesihatan mental ialah melalui terapi psikospiritual nabawi. Terapi ini merupakan satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW serta bermatlamat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Oleh itu, kajian ini menganalisis konsep psikospiritual nabawi serta peranannya dalam membentuk kecerdasan spiritual yang dilihat berupaya menangani kesan negatif Covid-19 terhadap kesihatan mental. Dapatan artikel menunjukkan terdapat beberapa garis panduan, elemen dan kepentingan dalam terapi psikospiritual nabawi terhadap kecerdasan spiritual khususnya melalui elemen taubat. Justeru, melihat dan menangani isu kesihatan mental berdasarkan konsep terapi psikospiritual nabawi merupakan alternatif yang mesti diperkasakan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Makki, A. T. (1997), Qut al-Qulub fi Mu„amalah al-Mahbub wa Wasf Tariq al-Murid ila Maqam al-Tawhid, Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah

Al-Ghazali, M. M. (2011). Ihya’ Ulum al-Din. Jeddah: Dar al-Minhaj

Al-Makkī, A. T. (1997). Qut al-Qulūb. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Zahabi, A.A. (1993) Muajam Muhaddithi al-Zahabi. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyyah.

Aziz, A. R. A., Sukor, N. M., & Ab Razak, N. H. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research, 2(4), 156-174.

Badri, M. (2018). Contemplation:: An Islamic Psychospiritual Study (New Edition). International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Baharuddin, E., & Ismail, Z. (2013). Hubungan Kecerdasan Rohaniah Warga Tua dengan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, 35(1).

Benner, D. G. (2002). Nurturing spiritual growth. Journal of Psychology and Theology, 30(4), 355-361.

Dasar Kesihatan Mental Negara (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 1 Ogos 2021 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/8_Dasar_Kesihatan_Mental_Negara.pdf

Hasan, A. B. P. (2008). Psikologi Perkembangan Islam: Menyingkap Rentang Kehidupan Manusia dari Pra kelahiran hingga Pasca kematian. Jakarta: Rajagrafindo.

Hawwā, S. (2000). Tarbiyyatunā al-Rūḥiyyah. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Shanmugam, H., Juhari, J. A., Nair, P., Ken, C. S., & Guan, N. C. (2020). Impacts of COVID-19 pandemic on mental health in Malaysia: a single thread of hope. Malaysian Journal of Psychiatry, 29(1), 78-84.

Holt-Lunstad, J., Smith, T. B., Baker, M., Harris, T., & Stephenson, D. (2015). Loneliness and social isolation as risk factors for mortality: a meta-analytic review. Perspectives on psychological science, 10(2), 227-237.

Husain, A. (2019). Spiritual psychology. New Delhi: Global Vision Publishing House

Ibn Qayyim, M. A. B. 1999. Al-wabil as-sayyib min al-kalam al-tayyib. Kaherah: Dar al-Hadis

Iskandar, T., & Zainal, B. (2010). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jailani, M. R. & Osman A. B. (2015). Integrasi terapi psikospiritual islam dalam modul rawatan dan rehabilitasi. Proceeding Prevent 2015

Johar, S. S., & Amat, M. I. (2020). Krisis Impak Pandemik Covid-19 Dari Dimensi Dan Perspektif Kesihatan Mental Sejagat. E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains

Roy, P. L., et al. (2019). Risk factors associated with drug resistant focal epilepsy in adults: a case control study. Seizure, 73, 46-50. DOI: 10.1016/j.seizure.2019.10.020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (Dikemaskini pada 18 Ogos 2021) Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 18 Ogos 2021 Dicapai pada 18 Ogos 2021 daripada https://covid-19.moh.gov.my/terkini

Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. (2021). Jabatan Perkhidmatan Awam. Capaian pada 18 Ogos 2021 di https://ikpm.jpa.gov.my/

Li, R., Pei, S., Chen, B., Song, Y., Zhang, T., Yang, W., & Shaman, J. (2020). Substantial undocumented infection facilitates the rapid dissemination of novel coronavirus (SARS-CoV-2). Science, 368(6490), 489-493.

Mique, P. 2008. A Dictionary of Epidemiology. New York: Oxford University Press.

Muhsin, S. B. (2012). Kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab Qut Al-Qulub Abu Talib Al-Makki. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nan, A. H. 2012. Pelaksanaan Pendekatan Spiritual Dakwah dalam Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda Sungai Merab. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roslan, N. S., Yusoff, M. S. B., Razak, A. A., & Morgan, K. (2021, January). Burnout prevalence and its associated factors among Malaysian healthcare workers during COVID-19 pandemic: an embedded mixed-method study. Healthcare (Vol. 9, No. 1, p. 90)

Sa’ari, C. Z. (2019) Psikospiritual Islam: Konsep Dan Aplikasi. Journal of Syarie Counseling 1(1)2019

Soanes, C. (2005). Oxford dictionary of English. Oxford University Press.

Sudi, S., Sham, F. M., & Yama, P. (2017). Kecerdasan Spiritual Menurut Perspektif Hadis: Spiritual Intelligence by Hadiths Perspective. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2(2), 1-11.

Sudi, S., Wazir, R., Salleh, N. M., Usman, A. H., Awang, A. H., & Rosman, S. Z. (2021). Membentuk spiritual individu menurut hadis untuk pencegahan dadah: Moulding individual spirituality in accordance to hadiths for drug prevention. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 640-650.

World Health Organization (31 Mac 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. Dicapai pada 1 Ogos 2021 daripada https://www.who.int/emergencies/diseases/novelcoronavirus-2019/advice-for-public.

Sa‟id Hawwa (2009), Ulasan Al-Hikam, Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari (terj), Johor: Perniagaan Jahabersa.

Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu Utama Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 Mac 2022 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-emosi-isuutama-kesihatan-mental-rakyat

Sijia, L., Yilin, W., Jia, X., Nan, Z., Tungshao, Z. (2020). The impact of COVID-19 epidemic declaration on psychological consequences: A study on active Weibo Users. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(2032): 2-9

Yusoff, W. F. Z. W., & Amin, M. Z. M. (2020). Kesan Terapi Psiko-Spiritual Islam Terhadap Kesihatan Rohani: Satu Tinjauan Kajian. Prevent 2020.

Wazir, R., Usman, A. H., Salleh, N. M., Sudi, S., Awang, A. H., & Rosman, S. (2020). Pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan psikospiritual al-Ghazālī (W. 505 H.): Drug prevention for risk group based on psychospiritual approaches of al-Ghazālī (D. 505 H.). al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(2), 391-403.

Published

2022-05-31

How to Cite

Rosman, S. Z. R., Siti Rashidah Abd Razak, Siti Zaleha bt Ibrahim, & Noraini bt Mohamad. (2022). TERAPI TAUBAT DALAM MENANGANI DAMPAK KESIHATAN MENTAL COVID-19. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(1), 76-85. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/208