Kewujudan Leksis Periferal Arab, Sino-Tibetan dan Dravidian dalam Leksikon Melayu dalam Konteks Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Malaynesia
The Existance of Peripheral Lexis of Arabic, Sino-Tibetan and Dravidian in Malay Lexicon in the Context of the Internationalization of the Malay Language in Malaynesian World
Keywords:
Asimilasi, Leksis, Malaynesia, Periferal, Pengantarabangsaan, PenyerapanAbstract
Leksis periferal merupakan kosa kata tambahan yang datangnya daripada pelbagai bahasa berlainan rumpun. Hubungan perdagangan, keagamaan dan hubungan diplomatik telah banyak mempengaruhi kemasukan dan penyebaran rumpun bahasa Arabo (Arab), Sino-Tibetan (Cina) dan Dravidian (Tamil) di alam Malaynesia. Ramai masyarakat kurang mengetahui kewujudan leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang diserap ke dalam bahasa Melayu merupakan leksis asal bahasa tersebut yang telah diubah sebutannya mengikut sebutan Melayu Malaynesia. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa antarabangsa dan merupakan salah satu bahasa utama dunia. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan menyenaraikan dan menganalisis perubahan fonologi dan morfologi leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga menjelaskan bahawa leksis periferal dapat membina keantarabangsaan bahasa Melayu. Hasilnya, kajian ini akan menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu bersifat fleksibel dengan menyerap pelbagai leksis asing khususnya leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang mana leksis-leksis tersebut diasimilasi mengikut sebutan dan bentuk bahasa Melayu Malaynesia. Penyerapan leksis menunjukkan bahawa bahasa Melayu bersifat supranasional, dapat menarik minat penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu serta menjadi strategi komunikasi berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk buku teks, dokumentasi-dokumentasi berkaitan serta pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang.
Downloads
References
A. Aziz Deraman. 2010. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu: Isu dan Masalah. Majlis Ilmu 2010, 49–68.
Abdul Karim. 2014. Sejarah Perkembangan Ilmu Pengetahuan. Fikrah. 2(1). 273-289.
Asmah Haji Omar. 1984. The development of the national language of Malaysia. Philippine Journal of Linguistics. 14(15). 7-23.
Asmah Haji Omar. 2003a. Language And Language Situation In South East Asia: With a Focus On Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Awang Sariyan. 2019. Sekelumit Pengalaman Pengajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing di Pihak Malaysia dalam Upaya Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. KIPBIPA XI: Pengembangan BIPA Pada Era Revolusi Industri 4.0, 73–109.
Awang Sariyan. 2020. P d d a s. CERAMAH ARIF BUDIMAN KE-16, Masa Depan Bahasa Melayu Di Nusantara, 124–161.
Collins, James T. 2003. Mukadimah Ilmu Etimologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa & Pustaka. 2007. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. 4, 2500.
Dewi Pusposari. 2017. Kajian Linguistik Historis Komparatifdalam Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia. Jurnal Inovasi Pendidikan. 1(1). 75-85.
Hashim Bin Hj. Musa. 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hazlina Abdul Halim. 2015. STRATEGI KOMUNIKASI. 20–40.
M.Nortaufiq et. al. 2019. Etimologi kata kerja Arab-Melayu: Satu pengenalan awal. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. 52-59.
Mansor, I. 2017. The Systemic Rules of Malay Standard Borrowing from Arabic: Guidelines for Linguists and Translators. Issues in Language Studies. 6(2). 78–90. https://doi.org/10.33736/ils.1624.2017.
Mohd Nor Azan Abdullah dan Musirin Mosin. 2018. Pengaruh Leksis Periferal Sanskrit dalam Bahasa Dusun The Influence of Periferal Sanskrit Lexis in Dusun Language. Jurnal Sultan Alauddin Sulaimah. 5(2). 103–112.
Mohd Nor Azan Abdullah, & Mohd Yusof Abdullah. 2018. Kosa Kata Indo-Eropah, Semitik, Sino-Tibet dan Dravidian dalam Internasionalisi bahasa Melayu sebagai bahasa Utama Dunia di Amal Malaynesia. Jurnal Kesidang. 3. 23–32. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/308/264
Mohd Nor Azan Bin Abdullah dan Saini Bin Ag. Damit. 2018. Leksis Periferal Indo-Arabo-Euro dalam Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Nusantara Indo-Arab-Euro Periferal Lexis In Internationalization of Malay Language In Nusantara. Jurnal Sultan Alauddin Sulaimah, Special Is (2018). 274–286.
Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor. 2013. Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Noriah Mohamed & Sealvarani A/P Subramaniam. 2015. Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Russell Jones. 2008. Loan-Words In Indonesian And Malay. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Russell Jones. 2009. Chinese Loan-Words In Malay And Indonesian. A Background Study. Kuala Lumpur: University Of Malaya Press.
S.Nathesan. (2015). Etimologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syamsul Hadi. 2015. Kata-Kata Arab Dalam Bahasa Indonesia. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Versteegh, K. 2001. Linguistic contacts between Arabic and other languages. Arabica. 48(4). 470-508.
Zaharani Ahmad. 2004. Kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu: suatu huraian fonologi. Jurnal Bahasa. 4(4). 705–723.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2022 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.