Keberkesanan Program Outbond Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa University Al Al-Bayt Mafraq Jordan

Effectiveness of Outbound Programme for Students ff Bachelor in Arabic Language with Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) at The Language Centre of University Al Al-Bayt Mafraq Jordan

Authors

  • Saipolbarin Ramli University Pendidikan Sultan Idris
  • Muhammad Taufiq Abdul Ghani University Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Zawawi Awang Hamat University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Program outbond, Bahasa Arab, UPSI, Pusat Bahasa, University aL Al-Bayt

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisi keberkesanan Program Outbond yang telah dijalankan oleh Program Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa, Universiti aL Al-Bayt Mafraq Jordan pada tarikh 8 November 2017 sehingga 8 Januari 2018. Program ini merupakan program outbond pertama dianjurkan oleh pihak program Bahasa Arab UPSI dengan melibatkan universiti awam di Jordan. Jumlah peserta yang terlibat pada peringkat awal adalah seramai 80 orang, walau bagaimanapun jumlah ini berkurangan kepada 12 orang sahaja disebabkan oleh faktor kewangan peserta. Dengan jumlah peserta yang kecil, program ini diteruskan dalam usaha untuk meningkatkan peluang pembelajaran dan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan bahasa Arab di negara penutur. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan instrument temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan data. Selain itu, kaedah analisis teks juga dilakukan untuk menyokong data temubual dan data soal selidik yang diperolehi. Analisis data dilakukan terhadap penulisan refleksi harian yang dilakukan oleh pelajar sepanjang program outbond ini berjalan. Data kajian mendapati program outbond yang dijalankan di Pusat Bahasa Universiti aL Al-Bayt mampu untuk mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap saiz kosa kata bahasa Arab dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan harian pelajar dengan penggunaan konteks penggunaan yang betul. Selain itu, program yang dijalankan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk menyertai akviti di peringkat global dan membina jaringan hubungan antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aizan Yaacob, Aspalila Shapii, Alobaisy Ayman Saad, Waleed Mugahed al-Rahmi & Norma Alias. (2018). Vocabulary learning strategies (VLSS) through secondary students at Saudi school in Malaysia (SSM): A pilot study. International Education & Research Journal, 4(2), 48-53.

Flower, F. (2000). Start built your vocabulary. Hove: Language Teaching.

Haastrup, K. & Henriksen, B. (2000). Vocabulary acquisition: Acquiring depth of knowledge through network building. International Journal of Linguistics, 10(2), 221-240.

Saipolbarin Ramli, Nazri Atoh, Zarima Zakaria & M.Sidik Ariffin. (2018). Aplikasi Penggunaan Formula Pola Ayat Dalam Penulisan Teks Arab Dalam Kalangan Pelajar ISM (Bahasa Arab) Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, (5)1, 175-184.

Schmitt, N. (2000). Vocabulary in Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

Sutarsyah, C., Nation, P. & Kennedy, G. (1994). How Useful is EAP Vocabulary for ESP? A Corpus Based Case Study. RELC Journal, 25(2), 34-50.

Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tu’aimah, Rushdi Ahmad. (1989). Ta’lu, al-Arabiyyah li Ghairi al-Natiqenabiha. Ribath: ISISCO.

Tu’aimah, Rushdi Ahmad. (2005). Al-Kitāb al-Jāmi’iyy, Mauqi’uh wa Ma’āyiruh wa Musykilātuh. Cairo.

Zainur Rijal & Rosni Samah. (2018). Saiz Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar di Peringkat Pengajian Tinggi: Permasalahan dan Strategi Pengajaran. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 08(2), 61-70.

Published

2019-12-04

How to Cite

Saipolbarin Ramli, Muhammad Taufiq Abdul Ghani, & Mohd Zawawi Awang Hamat. (2019). Keberkesanan Program Outbond Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa University Al Al-Bayt Mafraq Jordan: Effectiveness of Outbound Programme for Students ff Bachelor in Arabic Language with Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) at The Language Centre of University Al Al-Bayt Mafraq Jordan. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 6(2), 17-27. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/29