Tahap Pengetahuan Non-Muslim di Selangor terhadap Islam

The Level of Knowledge of Non-Muslims in Selangor toward Islam

Authors

  • Muhammad Yusuf Marlon Abdullah Jabatan Dakwah & Usuluddin, KUIS

Keywords:

tahap pengetahuan, non-Muslim, Negeri Selangor, Islam

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan agama berdasarkan sejarah di mana Malaysia mengalami perubahan dari sudut demografi secara besar-besaran apabila pihak British membawa tenaga kerja dari China dan India ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, agama Islam tetap merupakan agama rasmi negara Malaysia seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Masyarakat Islam dan non-Muslim di Malaysia telah hidup bersama sebagai jiran tetangga lebih 61 tahun dalam keadaan yang harmoni, oleh yang demikian kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap pengetahuan masyarakat non-Muslim di Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti India, Cina, orang asli, etnik Sabah, etnik Sarawak dan lain-lain terhadap kepercayaan dan budaya Islam. Pemilihan negeri Selangor adalah kerana Selangor mencatatkan peratusan populasi yang tertinggi iaitu sebanyak 19.9%. Seramai 325 orang responden terlibat di dalam kajian kuantitatif ini. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai Islam secara umum seperti berkenaan dengan Islam percaya bahawa Tuhan itu satu, Islam bukan agama ciptaan Muhammad, Islam merupakan agama yang membawa kedamaian, Islam menghormati agama lain, agama Islam sinonim dengan budaya Melayu serta konsep halal dan haram di dalam Islam. Namun begitu, responden dilihat mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana berkenaan dengan  konsep hudud, rukun Iman, rukun Islam, rukun kahwin, konsep poligami, zakat dan haji.

ABSTRACT

Malaysia is a multiracial country and it consists of various races and religions. Based on the history, the demography of Malaysia started to change widely when the British brought in Chinese from the main land of China and Indians from India to work here. Even though Malaysia has various races and religions, Islam still is the official religion of Malaysia as written in the Federal Constitution. Muslims and non-Muslims in Malaysia has been living together as neighbours for more than 61 years in peace. Therefore, the purpose of this research is to see the level of knowledge of non-Muslims consists of Chinese, Indians, Indigenous people and ethnic groups from Sabah and Sarawak in the state of Selangor towards Islam regarding faith and culture. The main reason why the writer decided on Selangor is because Selangor is a state in Malaysia with the highest population (19.9%), 325 respondents involved in this quantitative research. Over all, the result shows that non-Muslims in Selangor has high knowledge about general things of Islam such as Islam believe there is only one God, Islam is not a religion created by Muhammad, Islam is a peace religion, Islam respect other religion, Islam synonym with Malay culture and they also have high knowledge about the concept of halal and haram in Islam. However, the research also shows respondents have medium knowledge of hudud, pillars of Iman and Islam, pillars of marriage, concept of polygamy, zakat and hajj.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Hadi Bin Borham. 2016. Pendekatan Dakwah Mohd Fadli Yusof Dalam Pengislaman Masyarakat Non-Muslim di Pedalaman Pensiangan, Sabah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abdul Hamid. 2004. Andragogi: Mengajar Orang Dewasa. Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.

Abdull Rahman et al. 2009. Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi Di Malaysia. Jurnal Hadhari. Bil. 2 (2009): 33-51.

Abu Husayn Ahmad b. Faris Zakaria. 1991. Mu’jam Maqayis al-Lughah. ‘Abdul al-Salam Muhammad Harun (terj). Beirut: Dar al-Jayl.

Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my. 30 September 2018.

Khairul Azhar Meerangani el at. 2013. Dakwah terhadap Bukan Muslim di Malaysia: Realiti dan Cabaran. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013.

Mohd Azhar Abd Hamid et al. 2013. Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 60 (2013): 11-19.

Mohd Yazid & Shahrul Nizam. 2015. Indeks Keprihatinan Pengguna Bukan Muslim Terhadap Produk Makanan Halal di Malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Sekaran, Uma. 2003. Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Selangor Kini. 2016 https://selangorkini.my/en/2016/07/selangor-catat-peratusan-penduduk-tertinggi-negara/. 30 September 2018.

Sinar Harian. 2016. http://www.sinarharian.com.my/nasional/orang-bukan-islam-tetap-tak-akan-terima-hudud-1.543171. 30 September 2018.

Syarul Azman Sharuddin et al. 2017. Cabaran dan Permasalahan Mualaf dan Penyelesaiannya Oleh Hidayah Centre Foundation (HCF). Kertas kerja ini dibentang di ISRA 2017.

Published

2018-11-27

How to Cite

Abdullah, M. Y. M. (2018). Tahap Pengetahuan Non-Muslim di Selangor terhadap Islam : The Level of Knowledge of Non-Muslims in Selangor toward Islam . The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 5(2), 66-75. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/52