Hati Budi Melayu Dalam Warkah Melayu Lama
The Noble Virtues of the Malays in Old Malay Letters
Keywords:
Hati Budi Melayu, Warkah Melayu LamaAbstract
The Malays are rich with life values inherited for generations. One of the social personalities is the noble virtues of the heart, which is revealed through speech as well as writings. Efforts in flourishing the core virtues should be continuously done so as to ensure that the aesthetic values remain as a guide in upholding the dignity of the Malay race. Numerous literatures prove that the Malays possess its own identity and were much respected, which led them to dominate the Malay Archipelago some time ago. As such, this writing is made to add evidence to the noble virtues of the Malays who are implicitly described in the old letters. A descriptive observation was conducted on five Malay letters of the 19th century, corresponded by Malay king and nobles. The old letters contain several core focuses on Malay noble virtues, however noble life values are chosen for this writing. Content analysis method is used in identifying values that reflect the noble virtues, polite etiquette, and high ingenuity of the Malays. There are 12 Malay noble virtues implicitly embodied in the old letters selected. The noble virtues have evidently raised the nobility of the Malays in the eyes of outsiders as well as strengthen ties with the British. Indeed, the strength of the noble virtues is significant being the foundation as well as fortress in strengthening the Malay civilisation.
Abstrak
Orang Melayu kaya dengan nilai kehidupan yang diwarisi turun-temurun. Salah satu daripada keperibadian sosial tersebut ialah berhati budi mulia, yang lahir melalui pertuturan mahupun catatan. Usaha-usaha pembugaran teras hati budi ini perlu sentiasa dilakukan supaya nilai estetika ini terus dijadikan panduan dalam memartabatkan bangsa Melayu. Banyak penulisan yang membuktikan bangsa Melayu mempunyai jati diri tersendiri serta disegani, hingga dapat menguasai kepulauan Melayu suatu ketika dahulu. Rentetan itu, penulisan ini dibuat bagi menambah pembuktian kemurnian hati budi orang Melayu yang digambarkan secara tersirat dalam warkah Melayu lama. Penelitian deskriptif dilakukan ke atas lima pucuk warkah Melayu abad ke-19, kiriman raja dan pembesar Melayu. Warkah-warkah ini mengandungi beberapa fokus teras hati budi Melayu, tetapi nilai mulia kehidupan dipilih untuk penulisan ini. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengenal pasti nilai yang mencerminkan budi pekerti mulia, budi bahasa yang santun, dan akal budi yang tinggi orang Melayu. Terdapat 12 hati budi Melayu yang terjelma secara tersirat dalam warkah yang dipilih. Hati budi ini ternyata telah mengangkat kemuliaan orang Melayu di mata orang luar serta mengeratkan hubungan dengan orang Inggeris. Sesungguhnya, kekuatan hati budi ini penting kerana menjadi asas serta benteng dalam mengukuhkan peradaban bangsa Melayu.
Downloads
References
Surat Sultan Brunei kepada Raja Sarawak James Brooke,
Ramadan 1268 (29 June 1852)
PRO F.O.I2/11.f.t35
Cap: [lihat cat.84]
Wa-al-shams wa-al-qamar
Bahawa inilah surat al-ikhlas wa tukhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiat yang suci lagi haning yang tiada menaruh syak dan waham di dalamnya, iaitu daripada kita Bawah Duli Sultan Umar Ali Saifuddin ibn al-marhum serta dangan Pengiran Muda Muhammad ibn al-marhum Muhammad Kanzul Alam serta Pengiran Anak Mumin yang mempunyai perintah alam negeri Brunei serta dangan daerah takluknya, mudah2han disampaikan Tuhan saru sekalian alam apalah kiranya datang kepada sari paduka sahabat kita Tuan Besyar James Brooke Keminder in Kemisinir [Commander and Commisioner] Raja Sarawak yang ada kepada masa getika ini memigang perintah negeri Labuan.
Syahadan daripada itu adalah kita menyatakan seperti hal surat sari paduka sahabat kita yang dibawa Tuan Low itu telah sampailah sudah kepada kita dangan selamatnya, serta kita banyak menerima kasih sabab kita dapat khabar daripada paduka sahabat kita. Maka adalah menyatakan kepada paduka sahabat kita seperti hal sahabat kita ada dapat khabar ada orang berbuat perkhabaran di belakang sahabat kita yang tiada batul akan sahabat kita, itu perkara kita tiada tahu, sabab kita tiada perduli perkara yang demikian yang tiada baik, kita suka jikalau ada satu2 perikhtiaran atau perjalanan yang kebetulan serta dangan keterangan, itu yang kita suka. Dan seperti hal Tuan Metali, dahulu dia datang sama kita, tiada satu2 apa bicaranya, dia suka mau berjumpa sama kita saja serta dia kasih senapang enam biji kepada kita. Kemudian kali ada lagi dia datang di Brunei, lain kali datang lagi di Brunei, lalu membawa bicara pcrjanjian batu harang, demikianlah. Dan seperti hal Tuan Burns, ada dia datang sama kita dari Singkapura pakai sikoci, dia minta sama kita mau melihat surat sahabat kita yang kepada Orang Kaya Pemanca Bintulu. Maka kita jawab sama dia, "Apa guna itu surat tiada sama kita, kita tiada tahu." Maka itu Burns kuat juga minta, jikalau boleh itu surat mesti dia kasih ringgit, sabab dia mau salin, dia mau tunjukkan sama Tuan Napier, demikianlah. Seperkara lagi, ada Tuan Burns bilang sama kita, "Jikalau Tuan Sultan mau ada satu2 perikhtiaran atau mau kirim surat sama Queen, ini ada Tuan Metali, dia boleh sampaikan di Eropa, dia punya kongsi ada di Eropa, Tuan w-a-y-s boleh dia sampaikan sama Queen", demikianlah khabar Tuan Burns sama kita. Metali ada juga di Brunei sama dia, itu yang bilang Tuan Burns sama kita, demikianlah yang kita dangar adanya, sabab kita tiada perduli itu perkara Burns. Kita pikir, jikalau kita ada mau kasih surat kepada sahabat kita Queen atau sahabat kita, apa guna kita kasih lain orang, kita boleh antar di Labuan di dalam qawat sahabat kita, demikianlah. Maka sekarang itulah yang kita tahu, lain daripada itu kita tiada tahu, jikalau ada mendangar yang lain2 daripada itu, mesti kita boleh menyatakan juga kepada Sari Paduka sahabat kita, demikianlah adanya. Maka suatupun tiada tanda hayat kepada sahabat kita, hanyalah kita kirim tabi jua adanya. Tamat {tt) al-kalam bi-al-khayr.
Termaktub warkah ini kepada sebelas hari bulan Ramadan pada hari Selasa jam pukul sepuluh fi sanat 1268.
Surat Sultan Muhammad dari Selangor kepada E.A.Blundell,
Rabiulakhir 1272 (8 January l856).
BL MSS.Eur.G.38/III, f.134d
Cap: al-Mutawakkil bi-al-malik al-haqq al-mubin al-Sultan Muhammad huwa ajdar al-muwarithin ibn al-marhum al-Sultan Ibrahim sanat 1241 / wa-ati ‘u al-lah wa-ti'u l-rasua wa’uli al- amri minkum li-'llah al-amr min qabl wa-min ba'd
Qawluh al-haqq
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasyih sayang tiada berkeputusan selagi ada peridaran matahari dan bulan, iaitu daripada beta Yang Dipertuan Selangor yang telah ada bersemayam ketika ini di dalam Kelang, maka barang disampaikan oleh Tuhan seru alam sekalian apalah kiranya datang ke hadapan manjlis sahabat kita Tuan Behormat Blundell Esquire Gurnur Pulau Pinang Singapura Melaka.
Maka adalah kita menyatakan kepada sahabat kita dan hal surat sahabat kita itu setelah sampailah kepada kita dengan selamatnya, yang kita punya menarima sukur kepada Allah subhanahu wa taala dengan sehabis2 suka kitalah adanya. Tamat.
Tersurat ini di dalam Kelang kepada 29 hari bulan Rabiulakhir sanat 1272.
Cap [dari naskah yang lain]: al-Sultan al-mukaram huwa mulia al-Sultan Abdul Samad ibn akhi al-marhum al-Sultan Muhammad bandar Selangor sanat 1277 [AD I860]
Verso:
No.4. Surat daripada Yang Dipertuan negeri Selangor kepada Behormat Gabenur Pulau Pinang Singapura dan Melaka, pasal ia sudah terima surat dan pelakat cetera peperangan antara lasykar Rusyia dengan Inggeris, tarikh surat pada 17 hari bulan Januari 1856.
Surat Datu' Kelana Putera dari Semujung dan Datu' Laila Maharaja dari Rembau kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat,
Jamadilakhir 1275 (13 January 1858).
BL MSS.Eur.G.38./III,f.117b
Cap 1: Sultan Muhammad Jalil…….negeri….....
Cap 2: Sedia Raja bin Laila Maharaja kurnia Bendahara Seri Maharaja sanat 1255 [AD 1859]
Warkat al-mubarak serta tulus ikhlas suci putih hati daripada Datu' Kelana Petra yang ada merintah di dalam bandar Semujung, serta Datu' Laila Maharaja yang merintah di dalam banda(r) Rembau, barang diwasilkan Allah taala datang ke hadapan Tuan Gabenur yang ada merintah tiga buah negeri Pulau Pinang Singkapura Melaka yang beroleh pangkat kebesaran serta kemuliaan amin.
Wabadahu daripada itu dahulu ada kita antar satu surat pada sahabat kita yang kita hendak bertemu dangan sahabat kita. Maka sahabat kita pun ada balas surat mengatakan lalu segala sahabat kita datang ke Melaka mau bertemu. Maka inilah kita beri lagi satu surat anak saudara kita Sayid Abdul Rahman bertemu dangan sahabat kita, apa khabar boleh sahbat kita khabarkan kepada dia. Dan lagi dari pasal kita hendak bertemu ini, janganlah sahabat kita sangkakan kejahatan halnya, semata2 kebajikan barang segala, jikalau ada orang2 lain mengatakan kejahatan, orang itulah yang tiada suka melihat kebajikan, demikianlah adanya.
Terkarang surat ini kepada delapan hari bulan Jamadilakhir sanat 1270.
Surat Raja Ahmad dari Kedah kepada E.BIundell,
Zulhijah 1272 (30 August 1856)
RL MSS.Eur.G.38/III. f.l35b
Cap: Raja Ahmad ibn Zainal Rasyid
A l-mustahaqq
Surat tulus ikhlas kasih sayang yang tiada berputusan dan berkesudahan selagi ada peridaran cakrawala matahari dan bulan, iaitu daripada beta Raja Ahmad Tajuddin ibn al-marhum Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Zainal Rasyid yang memerintah kerajaan negeri Kedah Darulaman, barang diwasilkan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya ke hadapan manjlis sahabat beta Tuan Behormat E.A.Blundell Esquire Gurnur Pulau Pinang Singapura dan Melaka serta sangat setiawan dan dermawan dengan arif bijaksana gah masyhur kepujian sampai ke mana2 pandai pada melakukan berkasih-kasihan dan bertolong-tolongan mengambil hati pada sekalian sahabat handai taulan karib dan baid.
Wabadahu dari itu barang tahu sahabat beta bahawa akan surat sahabat beta beri mari yang tertulis kepada 11 hari bulan August tahun 1856, tersebut pasal budak2 anak baik negeri Kedah empat orang dan adik beta Tunku Yakub dan Tunku Yusuf, serta pasal orang perompak itu sudahlah sampai, fahamlah beta segala yang tersebut di dalamnya itu. Maka jadi bertambah2lah banyak pertolongan sahabat beta di atas beta, beri makan budak2 keempat orang itu mengaji bahasa Inggeris, maka perintah adik2 beta kedua itu telah beta sedia menyukai jua adanya. Syahadan pasal perompak itu tiada bertentuan lagi di dalam beta duduk suruh siasat, apakala berjumpa beta suruh tangkap ambil dengan segeranya boleh beta hantarkan pada sahabat beta, ini beta nyatakan.
Diperbuat surat kepada dualapan likur hari bulan Zulhijah kepada hari Sabtu tamat 1272.
Surat Raja Ali Haji kepada H.von de Wall,
Muharam 1288 (9 April 1871)
RUL Cod. Or.3388B, no.4
Qawluh al-haqq
Salam kepada paduka sahabat kita Tuan von de Wall.
Syahadan kita dapat khabar kepada Datuk semalam, yang paduka sahabat kita akan berangkat ke Betawi kepada mil ini, lamanya dua tahun karena berobat. Jadi jika kita tiada uzur, petang2 sekarang atau esok kita berjumpa paduka sahabat kita jua. Pagi ini kita hendak pergi mengambil anak2 kita di Pengujan dibawa di Penyengat sebab demam. Dan air terlalu kering, jadi terhenti kita sebentar menantikan pukul sepuluh menurunkan sekoci, baharu dapat air adanya. Syahadan suatupun tiada burhan al-hayat hanyalah doa bil’afihi 'alaina fi tarf al-laila wa-al-nahar amin.
Tersurat 18 bulan al-Muharam sanah 1288.
Tandatangan: Raja Ali Haji
(Al Azhar & van der Putten 1992:529).
Published
How to Cite
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.