The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass
The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) is an indexed journal published by the Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). The journal published twice annually (May and November) is given the name of the great-grandfather of the Selangor Sultan, HRM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Selangor International Islamic University College (KUIS) is a Higher Islamic Education Institution, fully owned by Selangor Islamic Council (MAIS) that is established under the 1996 Private Education Institution Act (Act 555). Its official establishment on February 15th, 1995 is a proof of the commitment of the Selangor Government and MAIS in developing the education agenda and knowledge excellence. Meanwhile, the Core Studies Center (PPT) is established in 2013 as one of the branches of knowledge excellence institution that is developed with the aspiration of catalysing knowledge integration in establishing and strengthening the KUIS brand globally.

READ MORE
Pusat Pengajian Teras, KUIS en-US The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) 2462-1692 Klasifikasi Semantik dan Jenis Permasalahan dalam Penterjemahan Eufemisme al-Quran ke Bahasa Melayu https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/231
Eufemisme merupakan alternatif untuk menjadikan sesuatu perkataan menjadi lebih lembut dan halus. Dalam konteks al-Quran, eufemisme terbina daripada elemen semantik dan unsur figuratif yang mencetuskan permasalahan dalam penterjemahan. Oleh itu, penelitian terhadap elemen makna eufemisme al-Quran perlu dijadikan asas dalam proses penterjemahan. Kajian kualitatif ini dilakukan untuk menganalisis klasifikasi semantik dan jenis permasalahan dalam penterjemahan eufemisme al-Quran ke bahasa melayu. Bagi merealisasi objektif ini, pengkaji memanfaatkan model eufemisme oleh Warren (1992) dan jenis permasalahan yang dikemukakan oleh Olimat (2018). Di samping itu, pengkaji merujuk pangkalan Corpus of Euphemisms in the Qur’an oleh Olimat (2019) sebagai instrumen penyenaraian dan pengumpulan data. Dapatan menunjukkan eufemisme al-Quran terdiri daripada inovasi semantik antaranya makna metonimi, makna metafora, makna implikasi, makna pengkhususan dan makna reversal. Klasifikasi makna tersebut berupaya mencetuskan permasalahan dalam penterjemahan. Justeru, peranan penterjemah dilihat signifikan untuk memastikan makna konteks disampaikan menggunakan pendekatan terjemahan yang sesuai. Selain itu, pemilihan terminologi juga perlu diperhalusi supaya teks terjemahan selari dengan peraturan berbahasa masyarakat Melayu.
MUHAMMAD LUQMAN IBNUL HAKIM MOHD SAAD MUHAMMAD SAIFUL ANUAR YUSOF RAZIMI ZAKARIA MOHD BAHARIM MAYIDIN Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 1 13 Kompenen Kepimpinan Dimensi al-Qalb dari Perspektif Kepimpinan Islam: Satu Analisis Kajian Lepas https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/233
Isu kepimpinan sering kali dikaitkan dengan perbuatan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, kroni dan lain-lain lagi. Perkara ini berlaku kerana sikap segelintir pemimpin yang culas dengan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sikap ini merupakan perbuatan yang akan merosakkan institusi dan organisasi dalam struktur sesebuah kepimpinan. Elemen Ihsan tidak lagi subur dalam jiwa pemimpin, apatah lagi soal memikul tanggungjawab dan amanah. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji kompenan kepimpinan berdasarkan dimensi al-Qalb dari sudut perspektif Islam. Di samping itu, kajian  ini  menggunakan  kaedah  kualitatif dan mendapati  terdapat  lapan  (8) elemen penting dalam konsptual kepimpinan dimensi al-Qalb. Kesimpulannya, dimensi al-Qalb adalah bahagian terpenting dalam pengislahan jiwa dan pembangunan karakter pemimpin di dalam Islam.

Kata kunci: Kompenen, Kepimpinan, al-Qalb, Islam, Elemen.

Leadership issues are often associated with acts of corruption, misuse of power, breach of trust, cronies and others. This is happening because of the attitude of a few leaders who are careless with the responsibility and trust that has been given. This attitude is an act that will damage institutions and organizations in the structure of a leadership. The element of benevolence is no longer fertile in the soul of leaders, not to mention the issue of shouldering responsibility and trust. Therefore, this study will examine the leadership component based on the al-Qalb dimension from an Islamic perspective. In addition, this study used a qualitative method and found that there are eight (8) important elements in the leadership conceptual dimension of al-Qalb. In conclusion, the dimension of al-Qalb is the most important part in the cultivation of the soul and the development of the leader's character in Islam.

Keywords: Component, Leadership, al-Qalb, Islam, Element
Abdul Haiy Mahmod Muhammad Yusuf Marlon Abdullah Halim Mokhtar Mustafa Kamal Amat Misra Zulkefli Aini Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 14 25 Reka Bentuk Pengajaran Ilmu Qira'at Di Negara Brunei Darussalam: Tumpuan Kajian Terhadap Tariq-Tariq Hafs (Satu Kajian Awal) https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/236
Pelajar-pelajar Qira'at di Negara Brunei Darussalam belum pernah didedahkan dengan Tariq-tariq Hafs secara komprehensif. Tariq-tariq Hafs yang terkumpul ialah sebanyak 57 tariq, yang antaranya Tariq Al-Syatibi yang biasa diamalkan di negara ini. Tariq Al-Syatibi mempunyai banyak persamaan manhaj (cara) bacaan dengan manhaj Tariq-tariq Hafs yang lain sehingga menyebabkan mudah berlakunya tarkib (pertindihan) dalam bacaan. Justeru, pengkaji berhasrat untuk menghasilkan satu reka bentuk pengajaran Tariq-tariq Hafs yang bersesuaian dengan keperluan pelajar-pelajar Qira'at di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa analisis keperluan dan fasa reka bentuk yang mana kedua peringkat ini akan menggunakan kaedah kualitatif. Pada peringkat analisis keperluan, responden yang terlibat terdiri daripada empat orang pensyarah Qira'at di Negara Brunei Darussalam. Teknik Delphi pula akan digunakan pada peringkat reka bentuk yang melibatkan dua sesi pusingan bagi mendapatkan maklumat dan kesepakatan pandangan dengan menemubual responden yang terdiri dari lima orang pensyarah Qira’at dan dua orang ahli dari Bahagian Kurikulum Negara Brunei Darussalam. Dapatan kajian ini nanti diharapkan akan bermanfaat kepada dunia Islam umumnya dan Negara Brunei Darussalam khususnya.
Hanan Syafiqah Haji Muhammad Salleh Hajah Sarinah binti Haji Yahya Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar Adam bin Haji Jait Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 26 36 Faktor-Faktor Dominasi Politik Melayu di Selangor Tahun 2008 Hingga 2018 https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/250
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada dominasi politik Melayu khususnya parti politik Melayu di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2018. Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 menjadi pilihan raya paling bersejarah dalam proses politik di Malaysia. Pilihan raya umum tersebut memaparkan parti pemerintah yang merupakan parti status quo dalam setiap pilihan raya umum negara, Barisan Nasional (BN) tewas kepada pakatan parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil sampel responden dari kalangan ahli politik, penyelidik, aktivis dan ahli masyarakat terpilih di Negeri Selangor. Data dianalisis melalui kaedah tematik dan didapati terdapat beberapa faktor yang memberi sumbangan kepada dominasi parti politik Melayu, termasuk demografi, budaya, struktur parti politik dan strategi politik. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi politik di Negeri Selangor dan dapat memberikan panduan kepada para pemimpin politik dalam strategi dan tindakan masa depan. Hasil kajian ini menyimpulkan politik melayu didominasikan dari pelbagai faktor dan keterlibatan pelbagai pihak.
Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 37 56 Pembangunan dan Kebolehgunaan Applikasi E-I‘jāz Dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/252
Pembelajaran interaktif berbantukan teknologi maklumat menjadi pilihan dan alternatif dalam sistem pembelajaran masa kini. Lebih-lebih lagi ketika global dalam tempoh peralihan pandemik yang melanda dunia. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa antara faktor penyumbang kepada pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam kalangan pelajar bahasa Arab ialah kerana bahan sokongan yang kurang dan teknologi maklumat tidak dimanfaatkan secara optimum dalam pembelajaran. Sebagai usaha untuk menyumbang kepada penyelesaian masalah berkenaan, aplikasi E-I‘jāz direka bentuk dan dibangunkan dengan menjadikan kosa kata dari al-Quran sebagai teras modul. Model ADDIE yang sistematik, lengkap dan terarah dijadikan sebagai landasan untuk membangunkan E-I‘jāz. Modul yang dibina melalui setiap fasa pembinaan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Untuk menilai kebolehgunaan E-I‘jāz, soal selidik telah dilaksanakan terhadap 24 orang responden setelah mereka didedahkan kepada pembelajaran interaktif menggunakan E-I‘jāz sepanjang satu semester pengajian. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi setiap konstruk adalah tinggi. Responden memberikan tindak balas yang positif terhadap persembahan, isi kandungan, persembahan bahasa dan penerimaan terhadap E-I‘jāz. Ini menunjukkan bahawa aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Implikasi kajian ini menyumbang kepada keperluan membangunkan modul pedagogi berteraskan ICT yang boleh menjadi rujukan kepada pelajar, guru bahasa dan pemegang taruh dalam meningkatkan kompetensi pelajar bahasa Arab di Malaysia.
Mohamad Hussin Mohd Sukki Othman Muhd Zulkifli Ismail Khairul Asyraf Mohd Nathir Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 57 70 Analisis Perbandingan Konsep Perkahwinan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/253
Perkahwinan dalam Islam merupakan sesuatu yang sangat penting dan menjadi sunnah kepada seluruh umat Islam bertujuan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Namun, jelas konsep dan budaya sesuatu perkahwinan itu berbeza pada setiap bangsa, negara dan agama. Dalam hal ini, kajian ini melihat terdapat konsep yang sangat berbeza di antara aliran syiah dan ahli sunnah wa jama’ah di dalam hal perkahwinan dan kepentingannya. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk membandingkan konsep perkahwinan menurut perspektif syiah dan ahli sunnah wal jamaah. Dengan menggunakan metode kualitatif kajian ini mendapati terdapat banyak perbezaan konsep perkahwinan di antara syiah dan ahli sunnah wal jamaah. Pelbagai dalil dan hujah akan dibincangkan secara terperinci dalam kajian ini, bagi melihat konsep perkahwinan melalui jalan Islam yang sebenar berdasarkan prinsip al-Quran dan hadis Nabi SAW. Kesimpulannya, perkahwinan adalah sebuah hubungan yang sangat mulia di sisi Allah SWT, justeru itu diharapkan kajian ini dapat melihat tabir sebenar matlamat dan konsep perkahwinan.
Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah Aminudin Basir @Ahmad Muhammad Yosef Niteh Syamim Zakwan Rosman Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 71 81 Kata Pelarian Dalam Akhbar Al-Jazeera Bahasa Arab https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/256
Kajian ini akan memperlihatkan kata pelarian yang terdapat dalam artikel berita pelarian Syria dalam al-Jazeera Bahasa Arab. Analisis data dalam kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan Model Tiga Dimensi yang dipelopori oleh Norman Fairclough (1989, 1992, 1995, 2003). Pendekatan ini melibatkan tiga tahap analisis wacana, iaitu analisis teks, analisis amalan diskursif dan analisis praktis sosial. Kajian ini tertumpu kepada analisis teks sahaja yang hanya akan memfokuskan kepada analisis leksikal. Al-Jazeera dilihat menggunakan pelbagai perkataan untuk merujuk kepada pelarian. Jadi, kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana bahasa digunakan dalam membezakan kategori-kategori pelarian yang ada. Kajian ini akan cuba menjawab dua persoalan utama iaitu apakah perkataan yang digunakan bagi merujuk golongan pelarian dan apakah ciri-ciri yang digambarkan dalam artikel berita mengenai perkataan pelarian tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga kategori utama pelarian yang terdapat dalam al-Jazeera. Kategori ini melibatkan golongan pelarian, golongan pelarian dalam negara dan pendatang.

SYAHIRAH ALMUDDIN MOHAMAD HUSSIN SURINDERPAL KAUR CHANAN SINGH AHMAD ARIFIN SAPAR Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 82 101 Analisis Nilai-Nilai Budaya Dalam Kisah Surah Al-Kahfi https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/220
Nilai budaya merupakan corak kehidupan manusia yang merangkumi aspek dalaman dan luaran yang terdiri daripada tingkah laku, pegangan agama, adat, pakaian dan sebagainya serta berkembang mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi moden. Sehingga kini, nilai budaya masih belum difahami dengan jelas kerana terdapat perbezaan nilai budaya bagi setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kadang kala mempunyai persamaan dan pertembungan budaya. Pemahaman yang baik terhadap sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Maka, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai budaya yang terdapat melalui empat kisah dalam Surah Al-Kahfi berdasarkan tiga orientasi nilai budaya yang dipilih. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada empat kisah iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Pemilik Dua Kebun, kisah Musa Bersama Khidir AS dan kisah Zulkarnain berlandaskan teori Orientasi Nilai Budaya (Kluckhohn, 1951). Dapatan analisis menemukan tiga orientasi nilai budaya dengan enam kutipan nilai-nilai budaya yang berkait iaitu yang pertama, aspek hubungan manusia dengan kerja yang mempunyai tiga nilai budaya; A) Nilai tanggungjawab, B) Nilai berusaha, dan C) Nilai pengorbanan. Seterusnya yang kedua, aspek hubungan manusia dengan waktu terdapat satu nilai budaya; A) Nilai tawakal. Manakala yang ketiga, aspek hubungan manusia dengan alam mengandungi dua nilai budaya iaitu A) Nilai pendidikan dan B) Nilai tawaduk. Secara keseluruhannya, orientasi nilai budaya berkait permasalahan kehidupan dalam kisah-kisah yang dikaji memaparkan nilai-nilai budaya yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan.
Wan Basyirah Muhamad Zaidi Zakaria Muhammad Irfan Muhd Rusdi Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 102 119 Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadith dan Kepentingannya dalam Mengekang Penyebaran Hadith Palsu di Malaysia https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/246
Hadis merupakan sumber kedua terpenting dalam Islam. Namun, latarnya yang berbeza dengan al-Quran selain suasana perkembangannya memperlihat kemasukan hadis palsu yang bercampur dengan hadis yang boleh diterima sebagai hujah, sehingga menyebabkan para ulama sejak zaman berzaman telah memberikan fokus dalam usaha memelihara ketulenan hadis daripada dicemari oleh anasir luar. Antara kaedah penting yang diberi perhatian adalah kaedah tabayyun dalam menerima sesuatu hadis yang bertujuan memelihara ketepatan makna hadis yang disampaikan sebelum disebarkan kepada pihak lain. Sebaliknya, pengabaian kepada konsep ini berupaya menjejaskan keabsahan sesuatu hadis disebabkan kegopohan dalam menerimanya tanpa sebarang proses tapisan. Justeru, kajian ini akan menerangkan konsep tabayyun dan aplikasinya dalam penerimaan hadis selain kepentingannya dalam mengekang penyebaran hadis palsu dalam masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen kepustakaan digunapakai bagi memperolehi data-data kajian, dan kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan aplikasi konsep tabayyun ini dapat menjadi kaedah berkesan dalam menyekat penyebaran hadis palsu di Malaysia, melihat kepada beberapa kepentingannya antaranya dalam memastikan ketulenan sesuatu berita yang diterima, menghidupkan sunnah para ulama terdahulu, mendidik sikap berhati-hati, melatih ketelitian penyampai berita, dan mengelak salah faham dalam penerimaan hadis. Pengaplikasian konsep ini penting kerana dapat membantu dalam mengekang penyebaran maklumat palsu yang semakin mudah tersebar akibat lambakan medium penyampaian maklumat hasil perkembangan teknologi terkini.
Nur Afifi Alit Shumsudin Yabi Mohd Yusuf Ismail Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 120 132 The Concept Of Halal Advertising Management System: An Analytical Study From Islamic Legal And Management Perspective https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/238
Halal has become one of the most important components in the Islamic economy ecosystem. It has been recognized as a new benchmark for safety, hygiene, and quality assurance even by non-Muslim. In this study, the researchers explore the concept of halal advertising management system, its practice in the industry and the relationship between halal advertising and conventional advertising. This study has chosen Malaysia advertising industry to be a case study as Malaysia is the world-renowned halal hub. This study relies upon the qualitative method of which involves library and interview methods of data collection. The study finds that using the correct management system can help industry players to conduct proper management of halal advertising. The study also found out that halal advertising generally differs from conventional advertising in terms of its form of conduct and the advertisement's content. Conventional advertising refers to the nature and culture of different places to define the act's rightness for that specific location, while halal advertising refers to Islamic provisions as the main source for the code of conduct before culture and other defining factors.
Mohammad Affiq Aqmal Zulkifli Miszairi Sitiris Copyright (c) 2023 The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2023-05-30 2023-05-30 10 1 133 152